‘TikToker’ tayang beli kereta sorong bayi RM36,000

DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) – Seorang pesohor TikTok dari Dubai mendedahkan harga kereta sorong bayi yang dibeli untuk anaknya yang bakal dilahirkan mencecah AS$7,700 (RM35,523), lapor portal berita MailOnline semalam.

Linda Andrade, 24, sambil bergurau menulis bahawa dia lebih mementingkan jenama mewah berbanding keselamatan kereta sorong tersebut.

Dalam klip videonya yang telah ditonton lebih 9.2 juta kali, Linda menunjukkan kereta sorong berjenama itu kepada para pengikutnya.



Dia menulis: “(Saya tidak kisah) tentang keselamatan. Apa yang penting, ia kelihatan cantik. Perkara terbaik mengenai kehamilan adalah, sudah tentu membeli-belah.”

Linda merupakan pencipta kandungan yang berpangkalan di Dubai serta berasal dari Los Angeles.

Dia berkahwin dengan seorang pedagang mata wang asing dan kripto bernama Ricky Andrade, demikian menurut akhbar Baltimore Post Examiner. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah sudah disunting?



Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari

Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023



Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker