Ngeh jangan main api – Asyraf

Ngeh jangan main api – Asyraf

UMNO bertegas menolak pelantikan pakar bukan Islam dalam Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah, malah menyifatkan cadangan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham itu sebagai ‘tidak berpijak di bumi nyata.’

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menjelaskan penegasan itu sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan, dan cadangan wakil rakyat DAP berkenaan hanya akan mencetuskan polemik tidak perlu dalam suasana harmoni rakyat pelbagai agama dan kaum selama ini.



Tambahan pula, katanya, Mahkamah Syariah dikhususkan kepada rakyat beragama Islam, manakala proses menambah baik dan menaik tarafnya sejak UMNO menerajui kerajaan sebelum ini juga sentiasa dilaksanakan secara bertahap dan mengambil kira ruang lingkup kuasa dibenarkan Perlembagaan Persekutuan.

Bahkan, beliau menekankan sepanjang proses menaik taraf Mahkamah Syariah meliputi aspek pentadbiran, kompetensi, emolumen dan penggajian hakim serta pegawai, serta bentuk dan tahap hukuman diperuntukkan bawah kuasa mahkamah itu, ia tidak pernah sekali-kali mengambil mahupun mencabuli hak warga bukan Islam.

“Ini juga sejajar peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu sebagai pemelihara serta pelindung kepada kesucian agama Islam sebagai Agama Persekutuan, pada masa sama mengiktiraf kebebasan agama-agama lain untuk diamalkan di negara ini.

“Justeru, berikanlah kepercayaan dan keyakinan kepada Majlis Raja-Raja Melayu dalam menentukan panel yang bakal menganggotai jawatankuasa itu kelak. Tentunya DYMM Tuanku Raja-Raja Melayu amat bijaksana dan pasti mengambil kira segala aspek, termasuk bidang kuasa diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dalam mengabsahkan terma-terma rujukan jawatankuasa itu,” katanya dalam satu kenyataan melalui Facebook beliau, malam tadi.



Sebelum ini, media melaporkan kerajaan disaran melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam yang ditubuhkan pada awal bulan ini.

Koo Ham dipetik berkata, langkah itu bagi mengambil kira pandangan orang bukan Islam sebelum sebarang perubahan pada undang-undang dibuat.

Beliau juga mengingatkan Perlembagaan dibentuk dengan mengambil kira kepentingan semua golongan, maka sebarang perubahan yang memberi kesan kepada kaum dan agama mesti dibincangkan secara menyeluruh untuk mengelakkan konflik.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi menekankan tambahan pula, sebarang hasil dapatan jawatankuasa itu kelak pasti akan dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu setelah diteliti segala aspek berkait Perlembagaan.



“Malah, jika ada sebarang cadangan membabitkan pindaan undang-undang mahupun Perlembagaan sekalipun, tentu prosesnya akan turut membabitkan Ahli-ahli Parlimen bukan Islam yang mempunyai kuasa untuk membahas, menyokong, meminda atau menolak cadangan yang terkait penggubalan undang-undang mahupun Perlembagaan,” katanya. BH

Ngeh jangan main api – Asyraf

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah sudah disunting?

Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari



Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023

Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker