Kesejahteraan mangsa banjir Pantai Timur keutamaan UMNO

Kesejahteraan mangsa banjir Pantai Timur keutamaan UMNO

Walaupun Kelantan dan Terengganu bukan negeri di bawah Kerajaan Perpaduan, namun kesejahteraan dan keselamatan rakyat sentiasa diberikan keutamaan oleh UMNO.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau berbangga melihat Wanita dan Pemuda UMNO yang menggerakkan misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa yang terjejas banjir di Pantai Timur.



“Pelbagai jenis bantuan saya dimaklumkan disalurkan seperti bot, kit makanan, air mineral, makanan kering dan kelengkapan pembersihan diri untuk digunakan oleh mangsa terkesan banjir.

“Walaupun Kelantan dan Terengganu bukanlah negeri di bawah Kerajaan Perpaduan, namun, kesejahteraan dan keselamatan rakyat sentiasa diberikan keutamaan oleh UMNO di mana jua sekalipun.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan kepada yang turun membantu dan semua yang terjejas akibat banjir kali ini,” katanya yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam Facebook beliau hari ini.

Semalam, Pemuda UMNO menyalurkan bantuan banjir sebanyak RM40,000 ke negeri Pantai Timur bagi meringankan beban mangsa yang terjejas sejak bulan lalu.



Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, sumbangan tersebut akan disampaikan dalam bentuk barangan keperluan asas yang merangkumi air mineral, makanan kering, kelengkapan pembersihan diri serta bot dan enjin bagi memudahkan penyaluran bantuan. Utusan

Kesejahteraan mangsa banjir Pantai Timur keutamaan UMNO

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



“Awak berhijab tapi berpakaian seolah terlanjang”

Senarai artis bercerai 2023



Pusinglah selagi boleh pusing, jumpa di mahkamah

Rita Rudaini mengamuk dituduh perampas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker