Remaja parah disimbah asid ketika pulang kerja

Remaja parah disimbah asid ketika pulang kerja

“Sudah hampir dua bulan anak menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh dan sudah menjalani lapan kali pembedahan bagi memulihkan tisu kulit serta menyelamat matanya.”

Itu kata Azman Shah Mohammad, 43, bapa kepada remaja, Nadia Fasha Qistina, 19, yang mengalami kecederaan parah selepas disimbah asid ketika pulang dari kerja di Denai Alam pada 8 November lalu.



Menurut Azman, ketika kejadian itu anaknya baru enam hari bekerja di sebuah klinik di situ dan dia disimbah asid oleh seorang lelaki menyamar sebagai pekerja e-hailing yang kemudiannya melarikan diri.

“Kejadian menyebabkan anak mengalami kecederaan teruk di muka dan badan serta kakinya sehingga terpaksa menjalani lapan kali pembedahan.

“Harga sekeping tisu kulit mencecah RM4,000 dan saya sudah membayar RM32,000 untuk membeli lapan keping tisu kulit,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Azman yang hanya bekerja peniaga burger berkata, selain itu setiap minggu dia juga perlu membayar RM1,600 untuk membeli bactrigas yang berfungsi seperti pembalut yang mana semua ini perlu dibeli sendiri.



“Sehingga kini saya sudah menghabiskan semua wang simpanan.

“Doktor juga memaklumkan anak saya kemungkinan akan tinggal di hospital ini selama setahun dan perlu bergantung kepada ubat-ubatan seumur hidupnya,” katanya.

Katanya, isterinya juga jatuh sakit dan mengalami masalah serangan panik selepas kejadian itu dan turut dirawat di hospital sama.

“Saya amat berharap polis dapat segera menahan pelakunya yang mana saya difahamkan suspek seperti diupah seseorang.



“Anak saya baru bekerja enam hari jadi belum mencarum dengan Perkeso malah tidak mempunyai insurans perlindungan diri,” katanya.

Sehubungan itu, mereka yang ingin membantu kewangan keluarga ini untuk kos rawatan anaknya boleh menyalurkan sumbangan di akaun bank RHB 16452600039344 atas nama Azman.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan. HM

Remaja parah disimbah asid ketika pulang kerja



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah sudah disunting?



Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari

Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023



Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker