Askar Zionis diserang ‘kulat pembunuh’

BANDAR GAZA – Jangkitan sejenis kulat berbahaya telah mengakibatkan kematian seorang askar Israel, manakala sekurang-kurangnya 10 yang lain dimasukkan ke hospital awal bulan ini, lapor laman berita The New Arab semalam.

Askar yang menyertai serangan darat itu dikatakan bertarung nyawa akibat jangkitan kulat di sebuah hospital selama beberapa hari sebelum meninggal dunia, lapor laman berita Israel, KAN News.

Sekurang-kurangnya 10 askar lain telah didiagnosis dengan jangkitan kulat yang dialami semasa mereka menyertai serangan darat di Gaza.



Ketua Unit Penyakit Berjangkit dan Makmal di Pusat Perubatan Sheba, Profesor Gila Rahav berkata, kulat itu terdapat di Gaza dan tidak tumbuh semasa peperangan sebelum ini di wilayah Palestin tersebut.

Rahav menegaskan mengenai kemungkinan sumber kulat itu adalah daripada air kumbahan. Dia menambah bahawa siasatan sedang dijalankan untuk menentukan sama ada ia berasal dari terowong bawah tanah.

Persatuan Penyakit Berjangkit Israel dilaporkan akan mengadakan mesyuarat tergempar minggu depan dengan pakar-pakar epidemiologi Rejim Zionis dan Kementerian Kesihatan berhubung penyakit kulat itu. – AGENSI

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah sudah disunting?



Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari

Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023



Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker