Dua sahabat ditemui lemas, kereta pikap tenggelam dalam tali air

PARIT: Dua buruh sawit ditemui lemas akibat terperangkap dalam kereta pikap yang terjatuh dan tenggelam di dalam tali air Kampung Pulau Pisang, Bota Kiri, di sini, hari ini.

Ketika nahas kira-kira jam 11.40 pagi itu, pemandu kenderaan Toyota Hilux, Mior Hairul Adzaha Abdul Hamid, 39, dan penumpang, Ahmad Hazim Baharuddin, 25, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Deputi Superintendan Mohd Uzir Ismail, berkata hasil siasatan awal di tempat kejadian, mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan membawa muatan kelapa sawit dari ladang kelapa sawit di Kampung Pulau Pisang hendak keluar ke Jalan Bota Kiri-Tanjung Belanja.



“Ketika melalui lokasi kejadian yang jalannya sempit dan tidak berturap, kereta yang dinaiki mereka dipercayai tergelincir lalu jatuh terbalik ke dalam tali air dan tenggelam separuh bahagian atas kereta.

“Mereka dipercayai terperangkap di dalam kereta yang tenggelam dalam air sebelum dikeluarkan oleh pasukan bomba, namun kedua-dua mangsa disahkan maut di lokasi kejadian.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian pemandu ialah lemas berikutan kemalangan jalan raya, manakala punca kematian penumpang ialah ‘edema pulmonari selaras dengan lemas akibat kemalangan kenderaan bermotor’,” katanya menerusi kenyataan, malam ini.

Mohd Uzir berkata, lokasi kejadian tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini boleh menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, Inspektor Muhammad Adlizan Admancur di talian 014-6790829 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya sambil menambah kejadian berlaku ketika cuaca baik.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah sudah disunting?

Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari



Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023

Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker