Ingat kubur, Padang Mahsyar – Ayob Khan

Pangkat bukan untuk bermegah.

Ingat kubur, Padang Mahsyar – Ayob Khan

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini memberi peringatan kepada pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya tidak menjadikan pangkat untuk bermegah-megah.

Ayob Khan berkata, pangkat dianugerahkan kepada pegawai bukan hanya satu penghargaan, sebaliknya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.



Beliau mengingatkan pegawai kanan mengenai kematian dan balasan yang akan diterima di alam kubur serta pembalasan di Padang Mahsyar jika amanah tidak digalas dengan rasa tanggungjawab.

“Walau sebesar mana pangkat kita, setinggi mana nama kita, kita akan pergi juga… saya juga akan pergi. Cumanya kita tidak tahu berapa lama kita akan hidup dan bila malaikat maut akan menjemput kita.

“Hanya amalan dan nama baik akan kita tinggalkan dan dibangga oleh anak cucu kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemakaian Lencana Pangkat dan Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Polis (PERKEP) di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini.

Yang turut hadir Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Sri Zalena Mohd Ariffin.



Komisioner Polis (CP) Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad kini dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Seri Aidi Ismail yang akan bersara pada 1 Januari ini.

Pada majlis itu, Ayob Khan turut mengucapkan tahniah kepada Wan Hassan yang dinaikkan pangkat manakala Aidi yang akan bersara wajib.

“Sesungguhnya naik pangkat ini adalah pengiktirafan kepada Datuk berdua. Laksanakan tanggungjawab dengan ikhlas dan jujur kerana pangkat datang dengan amanah.



“Ia bukan untuk kita bermegah-megah. Ingatlah dosa pahala, dunia dan akhirat kerana semuanya akan dihitung sama ada di alam kubur atau Padang Mahsyar nanti.

“Jika baik amalan kita, akan dibalas baik dan jika sebaliknya, janganlah kita menyesal nanti,” katanya. BH

Ingat kubur, Padang Mahsyar – Ayob Khan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah sudah disunting?

Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari



Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023

Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker