Sikap ini buat ramai yang boleh hilang nyawa

Sikap ini buat ramai yang boleh hilang nyawa

Kenapa ada perasaan marah dan kenapa ada orang yang bersifat pemarah? Begini… sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong iaitu ego. Lagi besar ego seseorang, lagi besar marahnya.

Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang itu. Kalau tinggi kedudukannya, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego dan akan menjadi-jadilah sifat pemarahnya. Sebaliknya jika kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.



Dari sudut sains, marah ditakrifkan sebagai salah satu daripada emosi manusia yang sihat dan normal. Namun sekiranya perasaan marah kita berada pada tahap yang tinggi, ia boleh mengakibatkan tingkah laku agresif. Marah bertindak sebagai emosi normal yang memberi respons atau tindak balas kepada rasa tidak selesa serta emosi yang kuat terhadap sesuatu provokasi.

Marah dapat dikesan melalui beberapa tanda seperti mata menjadi merah, urat-urat di leher menegang, percakapan menjadi kuat, dan tindakan menjadi agresif. Ketika marah, anda tidak sedar akan apa yang anda tuturkan atau apa yang anda lakukan.

Oleh sebab itu, akibat daripada kegagalan mengawal marah, tanpa disedari kita telah pun melukakan hati seseorang melalui kata-kata atau perbuatan kita. Betul, kan?

Setiap perlakuan ada akibatnya. Bak kata bidalan, ‘berani buat berani tanggung’. Hasil daripada marah, beberapa kesan negatif akan berlaku kepada kita. Antaranya ialah, hypertension.



Hypertension atau lebih dikenali sebagai tekanan darah tinggi ialah satu keadaan di mana tekanan darah di dalam arteri akan meningkat sehingga tersumbat atau menjadi perlahan dan menyebabkan perjalanan darah ke setiap organ penting badan kita akan terganggu.

Awas! hypertension boleh membawa kepada penyakit seperti angin ahmar, kegagalan jantung, serta boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang yang teruk.

Manakala teori perlakuan kognitif (cognitive behavior theory) membahagikan sebab-sebab terjadinya marah kepada beberapa faktor. Antaranya seperti pengalaman lepas, tingkah laku yang dipelajari atau ditiru dari orang lain, faktor genetik, dan kelemahan atau kegagalan menyelesaikan masalah.

Tetapi perlu difahami bahawa, tidak semua marah adalah negatif. Marah adalah salah satu dari mekanisme pertahanan jiwa yang melindungi dan memotivasikan kita daripada didominasi atau dimanipulasi oleh orang lain. Ia memberi kita tenaga tambahan, semangat dan motivasi yang diperlukan untuk menyerang balas ketidakadilan yang berlaku terhadap diri kita atau orang yang kita sayangi.



Cuba bayangkan kalau kita tiada sifat marah, akibat kita hanya melihat saja kekejaman dan ketidakadilan yang dilakukan itu tanpa bertindak balas. Walau bagaimanapun jika kita membiarkan marah dan tidak mengawalnya, ia akan mengambil alih minda dan tubuh kita dengan mudah dan memusnahkan semua kebahagiaan yang di kecapi.

Menurut Dr. Elaine Eaker, ketua penyelidik dan presiden Eaker Epidemiology Enterprises, marah menyumbang kepada pembentukan artrial fibrillation, yang membawa kepada berlakunya peningkatan kadar denyutan jantung.

Lalu terjadilah apa yang dipanggil penyakit stroke atau lebih dikenali dalam masyarakat kita sebagai angin ahmar kerana kedua- dua ruang dalam jantung tidak berupaya untuk mengepam darah keluar.

Marah yang merupakan manifestasi dari emosi negatif juga pernah dikupas dalam jurnal ilmiah yang popular iaitu Newscientist. Richard Davidson, ketua penyelidik di University of Wisconsin Madison Amerika Syarikat, menemui bukti bahawa aktiviti otak yang beremosi negatif akan melemahkan respons imunisasi atau sistem ketahanan tubuh kita terhadap virus yang memasuki badan kita.



Beliau turut menambah, emosi sangat berperanan dalam kelancaran sistem tubuh yang mempengaruhi kesihatan. “Kajian membuktikan individu yang mempunyai aktiviti otak yang berkaitan dengan emosi yang positif memberikan respons yang baik terhadap vaksin flu (selesema). Ini bermakna, sentiasalah beremosi positif agar diri kita terhindar dari penyakit.” Wallahu a’lam Utv

Sikap ini buat ramai yang boleh hilang nyawa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



“Awak berhijab tapi berpakaian seolah terlanjang”

Senarai artis bercerai 2023



Pusinglah selagi boleh pusing, jumpa di mahkamah

Rita Rudaini mengamuk dituduh perampas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker