Saudi hadkan kunjungan ke Raudah Masjid Nabawi

Saudi hadkan kunjungan ke Raudah Masjid Nabawi

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi baru-baru ini mengumumkan langkah baru yang mengehadkan kunjungan ke Raudah di dalam Masjid Nabawi, dengan membenarkan seorang jemaah hanya boleh melawat sekali dalam setahun.

Pengumuman tersebut yang dibuat pada 21 Disember melalui platform X Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, dijangka memberi kesan kepada jemaah umrah dan haji dari seluruh dunia.



Langkah itu juga diambil kerana kerajaan menjangkakan akan menerima sekitar 10 juta jemaah dari luar negara untuk melakukan umrah pada musim ini.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata seorang jemaah hanya boleh membuat tempahan untuk masuk ke Raudah selepas 365 hari dari permit terakhir mereka.”

Langkah itu diperkenalkan sebagai maklum balas kepada banyaknya jumlah tempahan permit ke Raudah, lapor agensi berita Gulf News.

Ia juga bertujuan untuk mengatur dan menyusun akses ke Raudah, sebuah kawasan yang dianggap sangat suci dalam Islam.



Untuk mendapatkan akses, jemaah perlu menggunakan aplikasi Nusuk atau Tawakkalna, selain mereka juga harus memastikan bahawa mereka tidak mempunyai jangkitan COVID-19 atau tidak bersentuhan dengan orang yang telah dijangkiti COVID-19.

Pihak berkuasa Arab Saudi menekankan pentingnya tempahan yang teratur dan kepatuhan kepada jadual yang ditetapkan untuk mengunjungi Raudah demi memastikan pengalaman ziarah yang teratur dan penuh hormat.

Pelancaran aplikasi Nusuk dan Tawakkalna oleh pihak kementerian adalah tanggungjawab untuk memberi khidmat kepada jemaah menerusi pengeluaran permit yang diperlukan bagi menunaikan umrah, melawat Raudah di Masjid Nabawi, Madinah mengikut kapasiti yang diluluskan oleh pihak berkuasa itu.

Ia juga bagi memastikan penyediaan suasana rohani dan selamat, selain mencapai kawalan selia dalam penyepaduan dengan aplikasi Tawakkalna, untuk menyemak kewibawaan status kesihatan pemohon bagi mendapatkan permit. BH



Saudi hadkan kunjungan ke Raudah Masjid Nabawi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Awak berhijab tapi berpakaian seolah terlanjang”



Senarai artis bercerai 2023

Pusinglah selagi boleh pusing, jumpa di mahkamah



Rita Rudaini mengamuk dituduh perampas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker