Bajet 2023: Baucer sehingga RM100, jika bercuti dalam Malaysia

Bajet 2023: Baucer sehingga RM100, jika bercuti dalam Malaysia

Bagi menggalakkan masyarakat Malaysia melancong dalam negara, kerajaan mewujudkan insentif berbentuk diskaun, baucar dan rebat sehingga RM100 bagi penginapan pakej pelancongan, kraftangan serta karya seni.

Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, beliau memaklumkan kerajaan telah memperuntukkan insentif tersebut sebanyak RM25 juta.



“Pada masa yang sama, hotel di Malaysia wajar memainkan peranan untuk memaparkan kraf tangan hasil pengusaha tempatan kepada pelancong.

“Hotel One and Only Desaru Coast Resort milik Khazanah Nasional Berhad merupakan hotel yang memaparkan 100 peratus hiasan daripada kraf tangan Malaysia.

“Bagi menggalakkan lagi sektor pelancongan mengutamakan kraf tangan tempatan, kerajaan mencadangkan potongan cukai khas kepada hotel yang membeli produk kraf tangan tempatan dengan kos pembelian sehingga RM500,000,” katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul memberitahu, bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan kesihatan, galakan cukai sedia ada untuk eksport perkhidmatan jagaan kesihatan swasta akan dilanjutkan sehingga tahun 2025.

Dalam masa yang sama, katanya, Malaysia Healthcare Travel Council turut disediakan RM20 juta bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancong kesihatan.



Sementara itu beliau berkata, bagi membantu pengusaha pelancongan, kerajaan bercadang untuk melaksanakan inisiatif seperti berikut:

  • Pembiayaan Pelancongan BNM dengan dana RM500 juta termasuk meningkatkan had pembiayaan maksimum daripada RM300,000 kepada RM500,000.
  • Pengecualian cukai 100 peratus diberikan ke atas pendapatan berkanun bagi pengendali pelancongan yang membawa sekurang-kurangnya 200 pelancong asing setahun atau mengendalikan sekurang-kurangnya 400 pelancong tempatan.
  • Pengecualian duti eksais 50 peratus ke atas pembelian kenderaan pelancongan CKD (kereta pemasangan tempatan) bagi kegunaan kereta sewa dan pandu serta bas persiaran.
  • Elaun Pelaburan Semula bagi projek perhotelan dan pelancongan terpilih diperkenalkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Bajet 2023: Baucer sehingga RM100, jika bercuti dalam Malaysia

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker