Ugut bunuh isteri tuntut cerai, lelaki ditahan

Ugut bunuh isteri tuntut cerai, lelaki ditahan

Seorang lelaki ditahan selepas disyaki mengugut mahu membunuh isterinya kerana wanita itu menuntut cerai.

Suspek berusia 35 tahun ditahan polis di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Kuala Lumpur, semalam

Ketua Polis Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak, berkata suspek ditahan kira-kira 9 malam selepas polis menerima laporan daripada wanita berkenaan.

Katanya, kejadian dipercayai berpunca apabila wanita berkenaan menerima panggilan daripada suaminya yang tidak berpuas hati apabila mangsa memfailkan perceraian.

“Suspek membuat ugutan dengan mengatakan ‘akan memastikan pengadu mati dan cacat seumur hidup’. Ugutan itu mendatangkan ketakutan kepada pengadu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Katanya, suspek dibawa ke Mahkamah Ampang hari ini bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya. BH

Ugut bunuh isteri tuntut cerai, lelaki ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker