Ibu bapa dituduh jadikan anak angkat ‘pengantin hantu’

AMALAN perkahwinan dengan orang yang sudah mati wujud di China sejak ribuan tahun lalu. – Foto ALAMY

Sepasang ibu bapa angkat kepada seorang anak perempuan berusia 16 tahun dituduh menjual mangsa untuk menjadikannya sebagai ‘pengantin hantu’ selepas dia bertindak membunuh diri, lapor portal berita News18 kelmarin.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Sun mendakwa bahawa anak perempuannya, Xiaodan, 16, membunuh diri, akibat penderaan mental yang berterusan oleh ibu bapa angkatnya.

Menurut Sun, ibu bapa angkat anak perempuannya menerima bayaran sebanyak 66,000 yuan (RM43,297) daripada ibu bapa seorang lelaki yang meninggal dunia bernama Zhang.

Sung yang berasal dari wilayah Shandong menuduh mereka mengahwinkan Xiaodan dan kedua-dua si mati kemudiannya dikebumikan secara bersama.



Pihak berkuasa mengesan pemindahan wang itu tetapi mereka tidak menemui bukti kelakuan yang menyalahi undang-undang di China.

Pengantin hantu juga dipanggil sebagai ‘perkahwinan hantu’ mempunyai sejarah 3,000 tahun di China dan masih diamalkan di kawasan luar bandar yang kurang maju. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?

Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega



Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan

Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker