Bekas timbalan pengarah DBKL menangis selepas kali kedua bebas tuduhan rasuah

Sabudin Mohd Salleh dilepas dan dibebaskan buat kali kedua oleh Mahkamah Sesyen hari ini daripada dua pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM200,000 bagi mengeluarkan permit kerja. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Sabudin Mohd Salleh menangis selepas dilepas dan dibebaskan buat kali kedua oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada dua pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM200,000 bagi mengeluarkan permit kerja.

Hakim Rozina Ayob memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan berjaya mematahkan serta menyangkal kes pendakwaan dengan memberikan penjelasan yang jujur.

“Pihak pendakwan gagal membuktikan kes di luar keraguan munasabah bagi kedua-dua pertuduhan. Mahkamah juga mendapati ia tidak selamat untuk mensabitkan tertuduh (Sabudin) berdasarkan kepada segala keterangan yang ada.

“Justeru itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan bagi kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009,” kata Rozina.



Sabudin, 60, yang memakai sut berwarna biru hadir di mahkamah dengan berkerusi roda kerana mengalami masalah sakit lutut.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala Peguam K.Theivaendran mewakili Sabudin.

Pada 4 Julai lepas, pihak pembelaan menutup kes selepas memanggil lima saksi termasuk Sabudin memberi keterangan pada prosiding yang bermula 12 Mei lepas.

Pada 24 Mac, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Sabudin membela diri atas dua pertuduhan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen di sini pada 18 Dis 2020, yang melepas dan membebaskannya daripada dua pertuduhan tersebut.



Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Sabudin yang ketika itu Timbalan Pengarah Kanan (Awam) di Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar DBKL didakwa memperoleh suapan iaitu wang tunai berjumlah RM200,000 daripada Wong May Kuan, subkontraktor kepada Dusari Niaga yang melaksanakan “Cadangan Kerja-kerja Pengisaran dan Penurapan Semula Jalan bagi Bekas Lubang Gali Syarikat Utiliti Di Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tahun 2018/2020 (2017/A214)” sebagai upah mengeluarkan permit kerja kepada Dusari Niaga.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di dalam kedai serbaneka di sebuah stesen minyak, Jalan Lingkaran Tengah 2, Bukit Antarabangsa di sini, dan di hadapan kediamannya di Ukay Perdana, Ampang, masing-masing pada 9 Jun 2018 dan 17 Jan 2019.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Theivaendran ketika ditemui pemberita berkata pihaknya lega dan berpuas hati dengan keputusan mahkamah hari ini manakala Wan Shaharuddin berkata pendakwaan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan tersebut.



Sabudin mempunyai satu lagi kes membabitkan enam pertuduhan rasuah yang masih dalam perbicaraan di peringkat pendakwaan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi.
— BERNAMA

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid



Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker