Guna minyak masak lebih 3 kali undang penyakit jantung, kanser

Guna minyak masak lebih 3 kali undang penyakit jantung, kanser

Orang ramai diminta supaya tidak ‘mengitar’ semula minyak masak yang sudah digunakan lebih tiga kali bagi mengelak komplikasi pelbagai penyakit seperti kanser dan jantung.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di laman Facebooknya, semasa menggoreng, minyak masak akan melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes.



Jelas PHM, makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik tersebut dan ia merupakan bahan bahaya penyebab kanser.

“Radikal bebas yang dihasilkan akan menyebabkan radang dalam tubuh dan boleh menyebabkan penyakit jantung, strok, masalah kegemukan serta kencing manis.

“Selain itu, ia juga boleh meningkatkan risiko kepada penyakit kanser, saluran darah tersumbat, penyakit alzheimer serta parkinson,” ujar PHM.



Mengulas lanjut, PHM berkata, sekiranya selepas makan makanan bergoreng terutamanya yang menggunakan minyak masak berulang, tekak akan berasa perit dan pedih kerana minyak tersebut sudah berasid.

“Kalau boleh elakkan penggunaan minyak masalah lebih tiga kali.

“Minyak terpakai boleh dijual atau diproses untuk menjadi lilin, sabun atau bahan bahan lain,” ujarnya. K Online

Guna minyak masak lebih 3 kali undang penyakit jantung, kanser




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi pelanggan restoran ‘peluk’ pekerja wanita disiasat



MB Perlis pengesahan lafaz cerai pada isteri 25 ogos

Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker