Halang lalu lintas antara kesalahan tertinggi pengguna jalan KL

Anggota polis menasihatkan pengguna agar tidak menghalang laluan lalu lintas menerusi Ops Hormat Undang-undang jalan raya.

KUALA LUMPUR – Meletakkan kenderaan di kawasan tidak dibenarkan selain menghalang lalu lintas antara kesalahan tertinggi dikesan menerusi Op Hormat Undang-undang yang dijalankan sejak 3 Julai lalu.

Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur memaklumkan sebanyak 38,572 saman dikeluarkan berkaitan kesalahan menghalang lalu lintas.

“Kesalahan melibatkan halangan lalu lintas ini meliputi sama ada motosikal atau kenderaan lain seperti kereta yang diletakkan di laluan pengguna dan di laluan awam sekali gus mengganggu aliran trafik.

“Selain itu antara kesalahan lain direkodkan tertinggi adalah menghalang laluan pejalan kaki melibatkan sebanyak 3,044 saman dan berikutnya adalah kesalahan tiada lesen memandu (2,159) saman,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.



Katanya, operasi yang telah berlangsung selama 13 hari itu bertujuan mendidik pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Operasi ini untuk mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berhemah dalam pemanduan.

“Selain itu, pematuhan terhadap aspek keselamatan jalan raya turut dititik berat bagi menjamin keselamatan semua pengguna,” katanya.

Pada 3 Julai lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, Op Hormat Undang-undang dilakukan selama sebulan sehingga 31 Julai ini dengan memberi keutamaan kepada tiga fokus iaitu langgar lampu merah, membuat pusingan U di lokasi tidak sepatutnya dan memberhentikan kenderaan di petak kuning.



“Operasi ini dilaksanakan untuk meningkatkan lagi kesedaran pengguna jalan raya dalam mematuhi undang-undang jalan raya yang ketika ini dilihat sering dipandang ringan.

“Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur melaksanakan operasi ini pada waktu puncak (bagi mendidik orang ramai supaya membudayakan dan memartabatkan undang-undang).

“Waktu puncak atau tidak, kesalahan itu tetap dilakukan pengguna jalan raya dengan begitu kerap (seperti langgar lampu merah dan memberhentikan kenderaan di petak kuning),” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hakim menangis dalam mahkamah



Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih

Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda



Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker