Kawasan Jakarta tutup 7 hari kerana Lisa Blackpink

Kawasan Jakarta tutup 7 hari kerana Lisa Blackpink

Kawasan Jakarta tutup 7 hari kerana Lisa Blackpink
GAMBAR fail Lisa. – Foto AFP

JAKARTA – Kawasan Kota Tua Jakarta kembali digunakan sebagai lokasi penggambaraan filem antarabangsa ‘Extraction: Tygo’ yang dibintangi anggota kumpulan pop Blackpink, Lalisa Manobal (Lisa), lapor portal berita Okezone hari ini.

Penggambaran filem itu dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 7 Februari ini.

Sepanjang tempoh tersebut, Jalan Cengkeh di kawasan Kota Tua Jakarta akan ditutup setiap hari dari pukul 5 pagi (waktu tempatan) hingga 7 petang (waktu tempatan) bagi menyesuaikan dengan keperluan produksi filem.

Sebelum ini, kawasan Kota Tua dan Jalan Kunir pernah ditutup pada 28 hingga 29 Januari lalu untuk keperluan penggambaran.

Pihak penganjur memastikan kawasan tersebut telah dibuka semula, namun aktiviti produksi filem akan dilanjutkan di lokasi lain dalam kawasan Kota Tua.

Sebagai maklumat tambahan, Lisa membuat debut lakonan filemnya melalui Extraction: Tygo.

Dia akan bergandingan dengan pelakon ternama seperti Ma Dong Seok dan Lee Jin Uk. – AGENSI

Kawasan Jakarta tutup 7 hari kerana Lisa Blackpink

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker