Selagi bernyawa kami akan lawan Israel- pejuang Hamas

Selagi bernyawa kami akan lawan Israel- pejuang Hamas

SEMENANJUNG GAZA, WILAYAH PALESTIN: Ancaman pencerobohan darat Israel ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung “tidak menakutkan kami dan kami bersedia untuk itu”, selagi kami bernyawa kami akan lawan kata Abu Obeideh, jurucakap sayap tentera Hamas semalam.

Dalam satu kenyataan disiarkan di televisyen, beliau berkata Briged Ezzedine al-Qassam menahan 200 orang tawanan sejak serangan besar-besaran di selatan Israel pada 7 Oktober dengan kira-kira 50 yang lain ditahan oleh “puak penentang dan di tempat lain.”



“Ancaman pendudukan (Israel) untuk melancarkan serangan darat terhadap rakyat kami tidak menakutkan kami dan kami bersedia untuk itu,” kata Abu Obeideh menjelang pencerobohan Israel yang dijangka lebih seminggu selepas perang.

Jurucakap tentera Daniel Hagari berkata awal Isnin Israel telah dapat mengesahkan dan memberitahu keluarga 199 orang yang ditawan di Gaza.

Menurut Abu Obeideh, “kami akan membebaskan tahanan asing apabila keadaan mengizinkan.”

Beliau berkata sekurang-kurangnya 22 tebusan diambil dari Israel terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Gaza.



Secara keseluruhan, lebih 2,750 orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas wilayah yang dikepung sejak 7 Oktober, menurut pegawai Hamas. AFP

Selagi bernyawa kami akan lawan Israel- pejuang Hamas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Elly Mazlein perli siapa?

Rosnah Mat Aris mak tiri Ira Kazar?



Azira Shafinaz bikin panas ‘belanja lurah’

Lucy ‘tawan hati’ Wan Ismail Golok, ‘kawan yang setia dan ambil berat’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker