PSG hampiri sejarah baharu selepas singkir Bayern
PSG hampiri sejarah baharu selepas singkir Bayern

Munich: Paris Saint-Germain (PSG) mungkin pasukan paling menghiburkan di Eropah sepanjang tahun lalu, namun anak buah Luis Enrique mempamerkan satu lagi sisi permainan mereka apabila mengekang Bayern Munich, awal pagi tadi untuk mara ke final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat kali kedua berturut-turut.
Selepas kemenangan epik 5-4 pada aksi separuh akhir pertama apabila kualiti serangan kedua-dua pasukan menghasilkan antara perlawanan terbaik dalam sejarah kejohanan itu, PSG menyempurnakan tugas mereka pada aksi timbal balik di Allianz Arena hasil jaringan awal cemerlang sebelum bertahan habis-habisan.
Ousmane Dembele menjaringkan gol dalam tempoh tiga minit hasil serangan balas pantas sebelum juara Perancis itu memberi tumpuan untuk menggagalkan usaha tuan rumah, dengan Bayern hampir gagal menjaringkan gol buat kali pertama musim ini.
Harry Kane akhirnya menyamakan kedudukan, namun jaringan itu hadir terlalu lewat dan keputusan seri 1-1 sudah cukup untuk membawa PSG mara dengan agregat 6-5.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Pasak Kukuh, Landasan Jelas Jadi Teras Masa Depan – Mohamad Alamin
- BKJ Fasa Keempat Cermin Komitmen Berterusan Kerajaan Negeri Johor – Md Israk
- Cadangan Pisahkan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diperhalusi
Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik
“Malam ini menunjukkan jenis pasukan kami,” kata Luis Enrique kepada Canal Plus.
“Kami menunjukkan kematangan, mampu bertahan dan menyerang dengan baik. Sebagai jurulatih, ia satu kepuasan melihat persembahan itu.
“Kami tidak boleh sentiasa menang dengan magis atau aksi luar biasa. Hari ini kami perlu banyak bertahan, tetapi kami bertahan dengan sangat baik,” tambah Desire Doue.
Persembahan mantap dari segi solidariti dan kekuatan pertahanan diketuai Willian Pacho, pemain Ecuador yang luar biasa apabila memenangi semua enam duelnya di atas padang.
Warren Zaire-Emery turut cemerlang mengisi posisi bek kanan menggantikan Achraf Hakimi yang cedera, dengan pemain tengah Perancis berusia 20 tahun itu mungkin pemain terbaik PSG musim ini.
Dia sudah bermain lebih banyak minit berbanding pemain lain dalam pasukan itu, bangkit selepas melalui musim lalu yang sukar apabila hanya memainkan peranan kecil dalam skuad yang memenangi UCL buat kali pertama, tahun lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Anak Muda Semakin Meningkat, Bersama Bina Masa Depan – Azman Azeez
- ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan Junjung Adat Dan Pertahankan Perlembagaan Negeri
- Mempertahankan Parti Di Media Sosial Tuntut Keberanian dan Kredibiliti – Nurul Hidayah
Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida
Kadar kerja, tenaga dan konsistensinya membantu PSG mengatasi masalah kecergasan yang hampir menjejaskan musim mereka selepas kempen lalu yang memenatkan apabila perjalanan ke final Piala Dunia Kelab pada Julai menyebabkan mereka hanya mempunyai rehat tiga minggu.
Kelab dari Paris itu memburu kejuaraan pertandingan elit Eropah sejak pengambilalihan besar-besaran oleh Qatar pada 2011, namun sering gagal, termasuk ada kalanya dengan cara memalukan, sebelum akhirnya menjulang trofi itu buat kali pertama tahun lalu.
Kini mereka menjadi pasukan pertama sejak Liverpool pada 2019 yang mara ke final berturut-turut dalam kejohanan itu dan kemenangan ke atas Arsenal di Budapest pada 31 Mei akan menyaksikan mereka menjadi hanya pasukan kedua dalam era UCL yang berjaya mempertahankan gelaran.
Satu-satunya pasukan yang pernah melakukannya setakat ini ialah Zinedine Zidane bersama Real Madrid dari 2016 hingga 2018.
Enrique kini berpeluang menyertai Zidane, Pep Guardiola, Bob Paisley dan Carlo Ancelotti sebagai jurulatih yang memenangi Piala Eropah sebanyak tiga kali selepas beliau turut melakukannya bersama Barcelona pada 2015.
“Kami memiliki pasukan muda yang hebat apabila semua pemain memberikan segala-galanya dan kami mempunyai jurulatih terbaik dunia,” kata Presiden PSG, Nasser al-Khelaifi dengan senyuman lebar, seolah-olah masih sukar mempercayai betapa kelab itu berjaya bergerak ke hadapan selepas era Kylian Mbappe, Neymar dan Lionel Messi.
Enrique mengubah Dembele menjadi penyerang tengah bertaraf pemenang Ballon d’Or dan membantu menjadikan Khvicha Kvaratskhelia sebagai pemain terbaik UCL musim ini.
Pemain Georgia itu mencipta bantuan gol untuk Dembele di Munich menerusi serangan balas luar biasa dan menjadi pemain paling berpengaruh pada peringkat kalah mati dengan tujuh gol serta tiga bantuan jaringan dalam lapan perlawanan.
PSG hampiri sejarah baharu selepas singkir Bayern
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dasar Pendidikan Bumiputera: UMNO Realis, Tidak Retorik Macam Pas – Mohd Puad
- Gelombang Kebangkitan UMNO Dirasai, Nik Mohd Nadzri Yakin Kembali Dominan
- Reformasi Pintar JKR Perkukuh Infrastruktur, Utamakan Manfaat Rakyat – Ahmad Maslan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perlis ‘Dubai Kedua’: Fathulbari Persoal Tindakan Kerajaan Negeri
You must be logged in to post a comment.