Neuer dakwa kurang naluri pemusnah punca Bayern tersingkir
Neuer dakwa kurang naluri pemusnah punca Bayern tersingkir

Munich: Kapten Bayern Munich, Manuel Neuer mengakui pasukannya kurang memiliki naluri pembunuh selepas tersingkir di separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di tangan juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG), awal pagi tadi.
Selepas seri 1-1 pada aksi timbal balik di Bayern, PSG meraih kemenangan agregat 6-5, sekali gus akan berdepan Arsenal di final pada 31 Mei ini.
Bayern sudah menjaringkan 175 gol dalam semua pertandingan musim ini, namun gagal menembusi gawang lawan sehingga masa kecederaan apabila Harry Kane menyamakan kedudukan.
“Kami tidak mempunyai banyak peluang besar hari ini, tetapi masih mencipta cukup peluang untuk menjaringkan gol.
“Kami kekurangan mentaliti pembunuh seperti dimiliki PSG untuk menghasilkan jaringan,” kata Neuer kepada DAZN
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Pasak Kukuh, Landasan Jelas Jadi Teras Masa Depan – Mohamad Alamin
- BKJ Fasa Keempat Cermin Komitmen Berterusan Kerajaan Negeri Johor – Md Israk
- Cadangan Pisahkan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diperhalusi
Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik
“Kami hampir ke final tetapi gagal mengambil langkah seterusnya. Gol kami hadir terlalu lewat.”
Gol kapten England itu pada minit keempat masa tambahan hadir terlalu lambat untuk memberi harapan kepada tuan rumah menjaringkan satu lagi gol bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan.
“Gol kami malangnya hadir sedikit lewat. Kami tidak mempunyai masa untuk mencipta satu lagi peluang atau mungkin mendapatkan situasi bola mati,” kata Neuer.
“Pada ketika itu, semuanya sudah terlambat.”
Bayern sudah mara ke final Piala Jerman dan turut menjuarai Bundesliga, namun Neuer mengakui ketika ini, kekecewaan masih menguasai mereka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Anak Muda Semakin Meningkat, Bersama Bina Masa Depan – Azman Azeez
- ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan Junjung Adat Dan Pertahankan Perlembagaan Negeri
- Mempertahankan Parti Di Media Sosial Tuntut Keberanian dan Kredibiliti – Nurul Hidayah
Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida
Bercakap kepada televisyen Jerman, jurulatih Bayern, Vincent Kompany bersetuju dengan kaptennya, tetapi berkata beliau akan menjadikan kekalahan itu sebagai motivasi.
“Saya tidak mempunyai kemampuan untuk terus kecewa terlalu lama.
“Sudah tentu, pada akhirnya kami tewas dalam dua perlawanan yang sangat sengit menentang lawan yang sangat bagus. Ia pahit.
“Kami perlu lebih tajam. Tahniah kepada PSG. Liga Juara-Juara sudah berakhir buat kami musim ini, tetapi akan ada peluang lain dan itu menjadi motivasi untuk saya.
“Kami sudah bertemu PSG lima kali apabila kami menang dua kali, kalah dua kali dan seri sekali, iaitu hari ini. Kami sudah mencuba segala-galanya, itu juga perlu diperkatakan.”
Kekalahan itu menamatkan harapan Bayern yang sudah enam kali menjuarai Liga Juara-Juara untuk kembali ke final buat kali pertama sejak 2020, ketika mereka menewaskan PSG 1-0.
Gergasi Jerman itu kini gagal mara daripada separuh akhir dalam dua perlawanan sejak 2013, dengan kejayaan terakhir mereka hadir pada musim 2019/20 yang terjejas akibat pandemik Covid-19 apabila suku akhir dan separuh akhir hanya berlangsung dalam format satu perlawanan.
Neuer dakwa kurang naluri pemusnah punca Bayern tersingkir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dasar Pendidikan Bumiputera: UMNO Realis, Tidak Retorik Macam Pas – Mohd Puad
- Gelombang Kebangkitan UMNO Dirasai, Nik Mohd Nadzri Yakin Kembali Dominan
- Reformasi Pintar JKR Perkukuh Infrastruktur, Utamakan Manfaat Rakyat – Ahmad Maslan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perlis ‘Dubai Kedua’: Fathulbari Persoal Tindakan Kerajaan Negeri
You must be logged in to post a comment.