Neuer dakwa kurang naluri pemusnah punca Bayern tersingkir
Neuer dakwa kurang naluri pemusnah punca Bayern tersingkir

London: Oliver Glasner menegaskan sekarang bukan masa untuk beremosi ketika beliau cuba membimbing Crystal Palace menjulang trofi utama Eropah pertama sebelum meninggalkan kelab itu pada penghujung musim.
Kelab dari selatan London itu semakin hampir untuk mara ke final Liga Konferens selepas mendahului 3-1 hasil kemenangan di separuh akhir pertama menentang Shakhtar Donetsk menjelang aksi timbal balik di Selhurst Park, awal pagi esok.
Jika Palace mara ke perlawanan akhir di Leipzig pada 27 Mei, ia dijangka menjadi perlawanan terakhir Glasner sebagai pengurus selepas jurulatih Austria berusia 51 tahun itu mengumumkan awal musim ini beliau akan meninggalkan kelab apabila kontraknya tamat pada Jun.
Glasner membimbing Crystal Palace menjuarai Piala FA 2025 dalam musim penuh pertamanya bersama pasukan itu apabila Eagles menjulang trofi utama pertama dalam sejarah kelab.
Mereka turut memenangi Perisai Komuniti pada permulaan musim ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Pasak Kukuh, Landasan Jelas Jadi Teras Masa Depan – Mohamad Alamin
- BKJ Fasa Keempat Cermin Komitmen Berterusan Kerajaan Negeri Johor – Md Israk
- Cadangan Pisahkan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diperhalusi
Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik
Namun usaha mempertahankan Piala FA berakhir awal apabila mereka tersingkir secara dramatik di pusingan ketiga kepada kelab bukan liga, Macclesfield pada Januari lalu.
Pada minggu berikutnya, Glasner mengumumkan beliau akan meninggalkan kelab pada penghujung musim, dalam apa yang dilihat sebagai protes terhadap polisi perpindahan pemain Palace.
“Saya sudah membuat keputusan dan saya mempunyai sebab-sebab tersendiri, tetapi seperti yang saya sentiasa katakan, kami mahu menamatkan musim ini dengan cara terbaik dan sekarang kami mempunyai peluang untuk melakukannya,” kata Glasner dalam sidang media praperlawanan pada Rabu.
“Sekarang bukan masa untuk beremosi. Ia mengenai kekal fokus.”
Beliau menambah: “Saya sering memberitahu pemain: jangan lakukan untuk saya, lakukan untuk diri sendiri, lakukan untuk kelab, lakukan untuk penyokong kerana memenangi Liga Konferens bermakna kami akan kembali bermain bola sepak Eropah di Selhurst musim depan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Anak Muda Semakin Meningkat, Bersama Bina Masa Depan – Azman Azeez
- ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan Junjung Adat Dan Pertahankan Perlembagaan Negeri
- Mempertahankan Parti Di Media Sosial Tuntut Keberanian dan Kredibiliti – Nurul Hidayah
Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida
“Pemain sudah merasai kemanisan kejayaan tahun lalu dengan Piala FA. Tahun ini pula Liga Konferens dan mereka mahu merasai kemanisan itu sekali lagi. Mereka tidak akan puas dengan sekadar avokado, mereka mahu sesuatu yang lebih manis.”
Jika Palace menyingkirkan Shakhtar, mereka akan bertemu sama ada Strasbourg atau Rayo Vallecano di final.
Namun Glasner, yang pasukannya tewas 0-3 kepada Bournemouth dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu lalu, tidak memandang mudah cabaran pasukan Ukraine itu.
“Kami perlukan satu lagi persembahan hebat, tetapi sudah tentu kami akan bermain dengan penuh keyakinan di laman sendiri. Kami tahu akan mendapat sokongan luar biasa daripada penyokong kami.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dasar Pendidikan Bumiputera: UMNO Realis, Tidak Retorik Macam Pas – Mohd Puad
- Gelombang Kebangkitan UMNO Dirasai, Nik Mohd Nadzri Yakin Kembali Dominan
- Reformasi Pintar JKR Perkukuh Infrastruktur, Utamakan Manfaat Rakyat – Ahmad Maslan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perlis ‘Dubai Kedua’: Fathulbari Persoal Tindakan Kerajaan Negeri
You must be logged in to post a comment.