Diallo akui pemain Man United gembira jika Carrick kekal
Diallo akui pemain Man United gembira jika Carrick kekal

London: Amad Diallo percaya semua orang di Manchester United mahu melihat Michael Carrick terus kekal sebagai ketua jurulatih musim depan.
Bekas pemain tengah United berusia 44 tahun itu kembali ke Old Trafford sebagai pengurus interim sehingga penghujung musim sejurus selepas era malang Ruben Amorim berakhir pada Januari lalu.
Carrick berjaya membawa perubahan besar terhadap prestasi Red Devils dan United sudah mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) ketika masih berbaki tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Selepas kemenangan 3-2 ke atas Liverpool pada Ahad lalu yang menyaksikan United di tangga ketiga dalam carta EPL dan mendahului enam mata ke atas seteru tradisi mereka itu, pemain tengah, Kobbie Mainoo berkata, pemain sanggup mati untuk Carrick.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dasar Pendidikan Bumiputera: UMNO Realis, Tidak Retorik Macam Pas – Mohd Puad
- Gelombang Kebangkitan UMNO Dirasai, Nik Mohd Nadzri Yakin Kembali Dominan
- Reformasi Pintar JKR Perkukuh Infrastruktur, Utamakan Manfaat Rakyat – Ahmad Maslan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perlis ‘Dubai Kedua’: Fathulbari Persoal Tindakan Kerajaan Negeri
You must be logged in to post a comment.