Warga Kemboja dicekup dipercayai tebang pokok gaharu di Taman Botanikal Ayer Keroh
Warga Kemboja dicekup dipercayai tebang pokok gaharu di Taman Botanikal Ayer Keroh

MELAKA: Lelaki warga Kemboja ditahan selepas dipercayai menebang pokok gaharu di kawasan Taman Botanikal Ayer Keroh, di sini, Isnin lalu, dipercayai untuk dijual.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek berusia 40 tahun itu ditahan jam 2.35 petang di kawasan parkir berhampiran tempat kejadian pada hari sama.
Beliau berkata, penahanan dibuat susulan laporan diterima daripada seorang pengawas hutan yang menemui sebatang pokok karas atau gaharu ditebang di kawasan terbabit.
“Pengadu menyedari kejadian itu kira-kira jam 10 pagi ketika melakukan rondaan sebelum mendapati pokok berkenaan tumbang dengan kesan ditebang menggunakan peralatan tajam.
“Siasatan awal mendapati suspek menggunakan parang untuk menebang pokok itu gaharu yang mempunyai nilai tinggi di pasaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Pasak Kukuh, Landasan Jelas Jadi Teras Masa Depan – Mohamad Alamin
- BKJ Fasa Keempat Cermin Komitmen Berterusan Kerajaan Negeri Johor – Md Israk
- Cadangan Pisahkan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diperhalusi
Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik
Beliau berkata, polis turut merampas sebuah kereta Proton Preve, sebilah parang, karung guni dan beberapa keping kayu yang dipercayai sudah diambil daripada pokok itu.
Beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah, namun keputusan ujian air kencing yang dijalankan adalah negatif.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan suspek direman selama empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Melaka, Khirun Nizam Abdul Rahim yang dihubungi mengesahkan mengenai kejadian pencerobohan dalam Taman Botanikal selain sudah membuat laporan polis.
Warga Kemboja dicekup dipercayai tebang pokok gaharu di Taman Botanikal Ayer Keroh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dasar Pendidikan Bumiputera: UMNO Realis, Tidak Retorik Macam Pas – Mohd Puad
- Gelombang Kebangkitan UMNO Dirasai, Nik Mohd Nadzri Yakin Kembali Dominan
- Reformasi Pintar JKR Perkukuh Infrastruktur, Utamakan Manfaat Rakyat – Ahmad Maslan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perlis ‘Dubai Kedua’: Fathulbari Persoal Tindakan Kerajaan Negeri
You must be logged in to post a comment.