Rosmaini didakwa pukul isteri dengan kerusi plastik, getah paip dan besi penyangkut langsir
Rosmaini didakwa pukul isteri dengan kerusi plastik, getah paip dan besi penyangkut langsir

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah dengan cara memukul isterinya menggunakan pelbagai objek pada Mac dan bulan lalu.
Tertuduh, Rosmaini Abdul Raof, 43, mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Najwa Che Mat.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya, Nurfitri Moktar, 39, dengan memukul menggunakan kerusi plastik dan getah paip di sebuah rumah di Bandar Amanjaya di sini, kira-kira jam 5 petang pada 29 Mac lalu.
Tertuduh yang bekerja sendiri turut didakwa melakukan kesalahan sama ke atas mangsa menggunakan besi penyangkut langsir di lokasi sama, kira-kira jam 9 pagi pada 23 April lalu.
Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan dikenakan denda atau sebat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Pasak Kukuh, Landasan Jelas Jadi Teras Masa Depan – Mohamad Alamin
- BKJ Fasa Keempat Cermin Komitmen Berterusan Kerajaan Negeri Johor – Md Israk
- Cadangan Pisahkan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diperhalusi
Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ruzanna Abdul Rahim.
Khairul kemudian memaklumkan mahkamah bahawa walaupun kes berkenaan boleh dijamin, namun proses itu tidak boleh dilakukan berikutan status tertuduh sebagai banduan yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang.
Bagaimanapun, peguam tertuduh dalam rayuannya meminta budi bicara mahkamah dalam membenarkan jaminan diberikan kerana anak guamnya mempunyai dua isteri dan menyara 11 anak dengan tujuh daripadanya masih bersekolah.
Mahkamah menetapkan tertuduh tidak boleh dijamin kerana masih dipenjara dan menetapkan 16 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula bagi proses serahan dokumen.
Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita cedera parah di beberapa bahagian badan dipercayai dipukul suaminya sehingga menyebabkan mangsa turut mengalami keguguran.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Anak Muda Semakin Meningkat, Bersama Bina Masa Depan – Azman Azeez
- ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan Junjung Adat Dan Pertahankan Perlembagaan Negeri
- Mempertahankan Parti Di Media Sosial Tuntut Keberanian dan Kredibiliti – Nurul Hidayah
Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida
Wanita yang juga penjawat awam berusia 39 tahun itu turut mengalami keguguran ketika kandungan berusia 12 minggu akibat perbuatan suaminya itu.
Suspek ditahan polis di sekitar Alor Setar selepas melarikan diri selepas kejadian itu.
Polis sebelum ini turut mengesahkan suspek adalah lelaki yang sama disabitkan kesalahan memukul isteri di Johor Bahru pada 2021.
Rosmaini didakwa pukul isteri dengan kerusi plastik, getah paip dan besi penyangkut langsir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dasar Pendidikan Bumiputera: UMNO Realis, Tidak Retorik Macam Pas – Mohd Puad
- Gelombang Kebangkitan UMNO Dirasai, Nik Mohd Nadzri Yakin Kembali Dominan
- Reformasi Pintar JKR Perkukuh Infrastruktur, Utamakan Manfaat Rakyat – Ahmad Maslan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perlis ‘Dubai Kedua’: Fathulbari Persoal Tindakan Kerajaan Negeri
You must be logged in to post a comment.