Sindiket scam Korea tumpas, 28 warga asing dicekup
Sindiket scam Korea tumpas, 28 warga asing dicekup

TAWAU: Kegiatan sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian yang menjadikan empat banglo mewah di Batu 10, Jalan Apas, di sini sebagai markas operasi terbongkar selepas polis menahan 28 warga asing dalam serbuan malam malam tadi.
Dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam di empat banglo mewah di Batu 10, Jalan Apas, di sini, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bersama Strike Team dan Task Force Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Tawau menahan 26 lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang wanita warga Vietnam berusia antara 21 hingga 59 tahun.
Turut hadir dalam operasi itu ialah pakar media sosial bagi membantu siasatan.
Berdasarkan keterangan kes yang dikemukakan di Mahkamah hari ini, hasil serbuan, polis merampas 33 telefon bimbit, tiga set unit komputer riba dan dua modem WiFi internet yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan penipuan terbabit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Pasak Kukuh, Landasan Jelas Jadi Teras Masa Depan – Mohamad Alamin
- BKJ Fasa Keempat Cermin Komitmen Berterusan Kerajaan Negeri Johor – Md Israk
- Cadangan Pisahkan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diperhalusi
Kerajaan Perpaduan Kekal Utuh di Negeri Sembilan, Elak Polemik Politik
Siasatan awal mendapati sindiket berkenaan dipercayai memasuki Sabah bagi menjalankan penipuan pelaburan saham secara dalam talian menggunakan platform dan aplikasi Telegram, WhatsApp dan Kakao Talk untuk memperdaya mangsa supaya membuat pelaburan.
Empat banglo mewah yang diserbu dipercayai dijadikan tempat kerja, pusat latihan serta lokasi penginapan ahli sindiket terbabit.
Sementara itu, semua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi ini bagi permohonan reman untuk membantu siasatan lanjut.
Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin membenarkan permohonan reman selama empat hari sehingga Isnin depan terhadap semua suspek selepas permohonan dikemukakan pegawai penyiasat BSJK IPD Tawau, Inspektor Siti Dayana Adillah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Anak Muda Semakin Meningkat, Bersama Bina Masa Depan – Azman Azeez
- ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan Junjung Adat Dan Pertahankan Perlembagaan Negeri
- Mempertahankan Parti Di Media Sosial Tuntut Keberanian dan Kredibiliti – Nurul Hidayah
Perkukuh Gerak Kerja Seiring Semangat 80 Tahun Perjuangan UMNO – Norshida
Polis memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk merakam percakapan semua suspek, mengesan saki-baki ahli sindiket yang masih bebas serta mengenal pasti rangkaian kegiatan mereka.
Sindiket scam Korea tumpas, 28 warga asing dicekup
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dasar Pendidikan Bumiputera: UMNO Realis, Tidak Retorik Macam Pas – Mohd Puad
- Gelombang Kebangkitan UMNO Dirasai, Nik Mohd Nadzri Yakin Kembali Dominan
- Reformasi Pintar JKR Perkukuh Infrastruktur, Utamakan Manfaat Rakyat – Ahmad Maslan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perlis ‘Dubai Kedua’: Fathulbari Persoal Tindakan Kerajaan Negeri
You must be logged in to post a comment.