Fatiya belum jatuh murtad, PU Syed tampil ‘bekap’

Fatiya belum jatuh murtad, PU Syed tampil ‘bekap’

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed menegur sikap segelintir netizen agar tidak menjadi hakim dan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman kepada orang lain, sehingga membuatkan seseorang itu mengalami gangguan emosi dan bertindak di luar kawalan.

Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd. Bakri Syed Ishak berkata demikian ketika dihubungi untuk mengulas tentang kelakuan pelakon sensasi, Fatiya Latiff yang menggertak untuk keluar dari agama Islam atau murtad, selepas mendakwa tidak tahan dengan tohmahan dan kecaman netizen.



Jelas Syed, jika perbuatan pelakon itu untuk keluar Islam adalah disebabkan kecaman orang ramai, maka netizen akan bertanggungjawab dan mendapat dosa akan perbuatan yang mereka lakukan.

“Dari sudut pandangan Islam, tidak boleh dibuat main-main tentang akidah. Maknanya, kalau disebabkan sesuatu itu menjadi asbab untuk Fatiya melakukan dosa, itu tidak dibenarkan dalam hukum syarak.

“Kalau disebabkan kata-kata atau kecaman netizen yang mengutuk atau menjatuhkan hukum sesuka hati, maka netizen juga akan dipertanggungjawabkan jika Fatiya keluar dari agama disebabkan tekanan daripada orang ramai.

“Walaupun Fatiya ada melakukan kesalahan, namun netizen tidak ada hak untuk mengecam perkara yang tidak melibatkan perbuatannya, seperti mengutuk fizikal dan sebagainya. Nak menegur, tegur perbuatan. Bukan tegur individu tersebut secara peribadi,” katanya kepada Kosmo! Online.



Pada masa sama, Syed turut menegur kenyataan Fatiya apabila mendakwa kata-kata yang diucapkan Fatiya walaupun hanya sekadar niat untuk keluar Islam, dilihat sebagai perkara serius kerana berbuatan tersebut melibatkan akidah.

Jelas Syed, kalau disebabkan sesuatu perkara itu menjadi asbab untuk Fatiya melakukan dosa, maka itu tidak dibenarkan mengikut hukum syarak.

“Bagi Fatiya pula, bila dia sudah ada niat untuk keluar daripada agama, perbuatan tersebut sudah pun dianggap berdosa kerana dia telah berjanji untuk buat kekufuran terhadap Allah SWT.

“Cuma Fatiya belum lagi jatuh murtad. Sekadar syarak tidak membenarkan. Islam sendiri telah mengajar kita untuk memperbanyakkan bersabar. Allah SWT sendiri telah menyebut dalam al-Quran bahawa aku pasti akan uji kalian dan sedikit rasa takut kehilangan harta benda,” jelasnya.



Sehubungan itu, Syed menasihatkan Fatiya untuk banyakkan bersabar dan memohon kepada Allah untuk diberikan kesabaran dalam dirinya.

“Kita tidak berada di tempat dia dan tidak tahu situasi yang dialaminya. Apa yang boleh saya nasihatkan, banyakkan bersabar.

“Kedua, dekatkan diri kepada Allah, hadir ke majlis-majlis ilmu dan pilih kawan atau orang yang boleh membimbing ke jalan yang baik.

“Terakhir sekali, muhasabah diri. Fikir balik kenapa netizen bertindak demikian sehingga mereka tidak berkenan,” katanya.



Tambah Syed, sekali lagi dia mengingatkan netizen supaya tidak bertindak sebagai hakim untuk menjatuhkan hukuman kepada seseorang.

“Kita boleh menegur, tetapi tidak sehingga mencela seseorang dengan melampau sehingga melontarkan kata-kata yang tidak baik.

“Allah sendiri pernah memerintahkan Nabi Musa AS untuk berjumpa dengan Firaun kerana sikapnya yang melampau, namun kena bercakap dengan perkataan yang lembut.

“Bercakap dengan baik bukan bererti kita menyokong perbuatannya, tetapi biarlah secara berhemah,” kata Syed.



Terdahulu, Fatiya atau nama lengkapnya Nur Fathia Abdul Latiff memberi amaran keluar agama gara-gara sering menerima kritikan melampau segelintir individu dalam media sosial.

Bagaimanapun, Fatiya tidak menjelaskan secara terperinci punca dia sakit hati sehingga mengakibatkannya mengeluarkan kenyataan sanggup murtad. K Online

Fatiya belum jatuh murtad, PU Syed tampil ‘bekap’

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker