Pengemis di Kelantan dapat ‘hasil’ cecah lima angka sepanjang Ramadhan

Pengemis di Kelantan dapat ‘hasil’ cecah lima angka sepanjang Ramadhan

Kebanyakan pengemis yang mengemis di sekitar bazar Ramadan dan tempat-tenpat awam di negeri ini mampu meraih pendapatan sehingga lima angka sepanjang tempoh bulan Ramadan.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Said Sidup berkata, sikap pemurah rakyat di negeri ini memberi peluang kepada golongan tersebut untuk mengambil kesempatan sempena meraikan bulan yang mulia.



Menurutnya, JKM sebelum ini menjalankan operasi dan mendapati ada dalam kalangan pengemis memperoleh wang sebanyak lebih RM300 sehari.

“Golongan pengemis suka mengambil kesempatan dengan meraih simpati pada bulan Ramadan kerana masyarakat dilihat berlumba-lumba untuk mengejar pahala berganda.

“Bilangan pengemis juga meningkat sama ada penduduk tempatan atau warga asing terutamanya dari Thailand setiap kali bulan Ramadan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Pasca Banjir Sempena Program Kembali Ke Sekolah 2024 dengan kerjasama Yayasan Sime Darby di Sekolah Kebangsaan Rahmat, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Said memberitahu, pihaknya juga menjumpai wang tunai berjumlah RM736 milik seorang pengemis pada Operasi Mengambil Orang Papa yang dilaksanakan pada minggu lalu.



Menurutnya, melalui operasi itu, JKM Kelantan mendapati ada dalam kalangan warga tempatan yang sihat tubuh badan, tetapi sanggup berlakon semata-mata untuk meraih simpati.

“Bersedekah sepanjang Ramadan merupakan amalan yang baik, namun tindakan memberikan wang kepada pengemis dibimbangi akan menggalakkan mereka meneruskan kegiatan itu.

“Justeru, pengemis warga tempatan yang diambil secara berulang kali akan dihantar ke desa bina diri untuk pemulihan agar tidak terlibat dengan kegiatan tersebut pada masa akan datang,” ujarnya.

Tambah Said, sebelum ini, pihaknya akan memberikan nasihat, namun tindakan kali ini adalah menempatkan pengemis yang ditahan di desa bina diri. K Online



Pengemis di Kelantan dapat ‘hasil’ cecah lima angka sepanjang Ramadhan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker