Al-Quran dibaca, bukan menyanyi – Pakar qiraat

Al-Quran dibaca, bukan menyanyi – Pakar qiraat

Seorang pakar qiraat dari Syria menegur qari Asia supaya tidak melebih-lebih dan mendayu-dayu ketika memperdengarkan bacaan al-Quran kerana mendakwa ia boleh melalaikan manusia daripada menghayati maknanya.

Syeikh Dr. Ayman Suwaid mendakwa, qari yang melanggar tertib membaca al-Quran hanya akan menyesatkan pendengar.



“Al-Quran ialah kalamullah, perlembagaan manusia yang menceritakan soal keagungannya, soal kenabian, hari akhirat, syurga dan neraka.

“Ia bukan lirik nyanyian yang manusia seringkali disibukkan dengan amalan memperindah alunan suara merdu yang mendayu-dayu sehingga melalaikan orang yang mendengarkan daripada makna sebenar ayat yang dibaca,” katanya dalam satu video yang muatnaik di laman X.

Penasihat Lembaga Internasional Tahfiz al-Quran di Rabithah ‘Alam Islami itu berkata, memperelokkan suara ketika membaca al-Quran memang dituntut, tetapi pengertian sebenar perintah tersebut agar hati-hati manusia meresapi makna ayat tersebut bukan terlena dengan alunan suaranya.

“Al-Quran itu diperintahkan untuk dibaca dengan cara yang benar sesuai dengan ajaran Rasulullah SAW dan diteruskan oleh para Imam-imam qiraat agar makna yang terkandung di dalamnya masuk ke dalam setiap jiwa pendengar lalu bertambah keimanannya kepada Allah.” ujarnya.



Dakwa Ayman, cara bacaan al-Quran seumpama itu sangat banyak dilakukan oleh orang Islam Timur seperti Filipina, Indonesia, Malaysia dan lain-lain.

Pada ruang komen, rata-rata pengguna media sosial terima atas teguran itu dan meluahkan pendapat.

“Setuju, terima kasih atas teguran itu. tapi alhamdulillah qari-qari Malaysia kebanyakkannya masih menjaga etika dalam tarannum, jadi isu bila negara jiran banyak yang dah melebih macam video ini. Kami sebelum musabaqah masih ada kursus tahsin khas untuk tajwid dan sifat huruf,” kata Isyraq

“Kita besar dengan musabaqah, tarannum dan tilawah, tanding lagu saban tahun, susah nak ubah. Ni baru tahu ada tegahan keras untuk berlebihan dalam lagu bacaan al-Quran,” kata Shukri.



“Orang baca al-Quran semata-mata untuk khatam sahaja, tak faham tak apa. Satu suasana yang amat pelik sekali,” kata Aizul.

Sehingga kini, video ini telah mendapat 350,000 tontonan, 2.900 tanda suka dan 1,500 perkongsian. K Online

Al-Quran dibaca, bukan menyanyi – Pakar qiraat

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel



Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker