Wan Saiful dakwa dikacau ganggu dua MP Bersatu
Gugur kes mahkamah, peruntukan RM2 juta antara tawaran Wan Saiful sokong kerajaan
Wan Saiful dakwa dikacau ganggu dua MP Bersatu
Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) sekali lagi menarik perhatian apabila beliau meminta Dewan Rakyat menubuhkan jawatankuasa berhubung tindakan dua Ahli Parlimen yang membuat kacau ganggu dalam usaha mempengaruhi kelakuan dan sokongan kepada kerajaan.
Wan Saiful menamakan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi membuat tindakan berkenaan bersama tiga lagi individu dikenali sebagai Hasnan, Datuk Azman dan Datuk Rahim.
Beliau mendakwa dua ahli parlimen bersama tiga individu itu membuat tawaran untuk memberikan peruntukan Parlimen, peruntukan projek bernilai RM2 juta, bayaran kos perubatan isteri beliau, kos guaman peruntukan di mahkamah dan ‘token’ yang tidak dinyatakan nilainya serta pengguguran kes di mahkamah.
“Saya mengemukakan peraturan 80 (a) kerana sudah ada kes duluan pada 2009 membabitkan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, mendiang Karpal Singh.
“Saya ingin mencadangkan dewan ini membuat ketetapan supaya Jawatankuasa Pilihan Khas mengambil tindakan berdasarkan peraturan 80 (A) yang di baca bersama seksyen 9 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347) bagi mengenal pasti, membicara, memutuskan menghukum beberapa individu yang membuat penawaran bagi mempengaruhi kelakuan saya dalam dewan ini,” katanya yang bangun mengemukakan peraturan mesyuarat itu sebaik selesai sesi soal jawab, di Dewan Rakyat, hari ini.
Wan Saiful mendakwa Mohd Azizi memperkenalkan beliau dengan dua individu dikenali sebagai Hasnan dan Datuk Azman pada 17 Januari lalu manakala Zulkafperi memperkenalkan individu bernama Datuk Rahim.
Wan Saiful dakwa ada pihak sediakan teks ucapan
Katanya, mereka termasuk Zulkaperi menghantar cadangan yang mengandungi ucapan yang mahu diucapkan ketika membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat pada 28 Februari dalam usaha mempengaruhi kelakuan beliau dalam dewan berkenaan.
“Saya menganggap ini usaha kacau ganggu melalui penawaran dan ancaman yang salah kepada saya sebagai ahli Dewan Rakyat, yang mana berlaku tindakan menghina majlis berdasarkan Seksyen 9d dan 9e Akta 347 dan boleh jika disabitkan di hukuman di bawah akta yang sama.
“Justeru, saya memerlukan pembentukan jawatankuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 80(a),” katanya.
Pada 28 Februari lalu, Wan Saiful mendakwa ditawarkan habuan untuk menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, antara habuan yang ditawarkan adalah peruntukan Parlimen bagi kawasannya sebanyak RM1.7 juta.
Kesan pendedahannya itu, beliau mendakwa tidak sampai sejam dihubungi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang memintanya membuat laporan berhubung dakwaan beliau disogok untuk menyokong Perdana Menteri.
Minggu lalu, Wan Saiful mendakwa beliau menerima notis SPRM yang disifatkannya mengganggunya sehingga memberi tekanan tidak wajar kepada beliau sebagai ahli Parlimen.
Beliau menyifatkan notis itu sebagai tidak adil termasuk berbahaya kerana boleh mengancam imuniti ahli Parlimen daripada pendakwaan dan keistimewaan ketika berucap atau berbahas dalam sidang Dewan Rakyat. BH
Wan Saiful dakwa dikacau ganggu dua MP Bersatu
Baca Artikel Menarik:
- Stimbot meletup, tujuh beranak menggelupur tubuh badan melecur
- King Sing tidak ada hak desak UMNO tekan Akmal
- Akmal pertahankan hak Islam bukan main politik – KIMMA
- Disiplinkan anak sebelum bawa berjemaah di masjid – Fedtri
- Ibu menangis, Zizan hadiahkan kereta Mercedes Benz GLC300 (Video)
- Ustazah Nurul maut kereta rempuh tiang elektrik
- Kualiti makanan Bazar Ramadan makin teruk?
- Pembekal stoking minta maaf lagi, naikkan kain rentang
- Hinalah, kami ibu bapanya sampai liang lahad – ibu Aliff Aziz
- Penyamun maut dilanggar kereta mangsa
- Saya tak perlu persetujuan DAP untuk pertahankan Islam – Dr Akmal
- Kalau dah ganggu jemaah lain , elok jangan dibawa ke masjid – Dr Zulkifli
- Solat tarawih hanya membaca al-Fatihah?
- Kecewa dengan kerajaan, Jasmine Suraya jual kereta
- Bukan Rafizi saja ada formula, Rosyam pun ada
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.