Nahas 4 lori, 2 kereta di Kulai dikhuatiri ragut nyawa, asap tebal menjulang, trafik hala selatan terhalang

Keadaan di lokasi kejadian di Km 31.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, antara Sedenak dan Kulai. – Foto Tular

KULAI: Beberapa kenderaan, termasuk lori dan van terbakar selepas kemalangan di Kilometer 31.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, antara Sedenak dan Kulai, dekat sini sekitar jam pagi ini.

Maklumat awal mendakwa nahas berkenaan dipercayai menyebabkan kemalangan jiwa, termasuk kematian, namun butiran mengenai mangsa dan punca kejadian masih belum dapat disahkan.

Gambar dan video yang tular di media sosial menunjukkan beberapa kenderaan berat dan kereta terbakar, dengan asap hitam tebal menjulang ke udara. Impak perlanggaran turut menyebabkan kerosakan teruk kepada kenderaan terlibat.

PLUS Malaysia Berhad dalam makluman trafik awal, memaklumkan kemalangan berkenaan berlaku selepas Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Kulai menghala selatan.

“Kemalangan ini menyebabkan kesesakan trafik di kedua-dua arah. Pengguna jalan raya dinasihatkan memandu dengan berhati-hati dan mematuhi arahan pihak berkuasa di lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu.

Trafik dilaporkan terhenti sepenuhnya ketika pasukan kecemasan berusaha mengendalikan insiden dan membersihkan laluan terjejas. Sehingga berita ini ditulis, semua lorong arah selatan masih terhalang sepenuhnya.

Nahas 4 lori, 2 kereta di Kulai dikhuatiri ragut nyawa, asap tebal menjulang, trafik hala selatan terhalang

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasih Kepada Rakyat Diukur Melalui Tindakan, Bukan Pengumuman – Mohd Jafni

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker