Tangki simpanan minyak bocor di bengkel motosikal punca bau abnormal di Sungai Salak

Tangki simpanan minyak bocor di bengkel motosikal punca bau abnormal di Sungai Salak

Tangki simpanan minyak bocor di bengkel motosikal punca bau abnormal di Sungai Salak
Kakitangan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan sebuah bengkel motosikal dipercayai menjadi punca pencemaran bau abnormal di Sungai Salak, Gombak semalam. – Foto ihsan FB LUAS.

SHAH ALAM: Sebuah bengkel motosikal dipercayai menjadi punca pencemaran bau abnormal di Sungai Salak, Gombak semalam.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata kejadian itu dikesan pada jam 2 petang di Sungai Salak sebelum Kod Kuning mengikut Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor diaktifkan.

Menurutnya, pencemaran memberi risiko kepada operasi muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) terhampir iaitu LRA Wangsa Maju dengan anggaran jarak tiga kilometer.

“Semakan di lokasi menemukan kesan minyak di tebing sungai dan siasatan lanjut menemukan sebuah premis bengkel motosikal disyaki melepaskan aliran bahan pencemar.

“Terdapat sebuah tangki simpanan minyak yang bocor menyebabkan aliran mengalir ke Sungai Salak,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kekalkan Kerajaan Stabil, Anak Muda Johor Diseru Terus Sokong BN


LUAS berkata, pihaknya melaksanakan langkah pemulihan awal pencemaran dengan meletakkan oil boom dan oil pad bagi menyerap minyak.

Ujarnya, arahan mengikut Seksyen 121(1), Enakmen LUAS 1999 turut dikeluarkan kepada premis untuk menghentikan pelepasan berkenaan dan melaksanakan kerja-kerja pembersihan serta kawalan di premis dan lokasi-lokasi berkaitan serta merta.

“Pensampelan sudah dilakukan dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk analisis lanjut.

“LUAS membuka Kertas Siasatan di bawah Seksyen 79(4) Enakmen LUAS 1999 bagi kesalahan mencemarkan sumber air,” katanya.

Mengulas lanjut, LUAS memaklumkan bengkel motosikal itu melaksanakan langkah pencegahan dengan meletakkan pasir di kawasan tumpahan minyak di dalam premis.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Najib Santuni Penduduk, Dekati Rakyat Melalui Program Komuniti Di Parit Yaani

Manakala semakan di muka sauk LRA mengesahkan tiada sebarang kesan minyak ditemukan.

“Pemantauan juga mendapati tiada lagi bau abnormal dikesan di Sungai Salak serta keadaan sungai adalah normal.

“Bagaimanapun, LUAS akan terus memantau situasi semasa di tapak bagi memastikan tiada sebarang permasalahan dan pasukan sentiasa siap siaga untuk melaksanakan tindakan mitigasi segera bagi sebarang kemungkinan,” katanya.

Tangki simpanan minyak bocor di bengkel motosikal punca bau abnormal di Sungai Salak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasih Kepada Rakyat Diukur Melalui Tindakan, Bukan Pengumuman – Mohd Jafni

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker