PGA tahan seorang warga emas, rampas beras 800kg termasuk pulut di Kelantan

PGA tahan seorang warga emas, rampas beras 800kg termasuk pulut di Kelantan

PGA tahan seorang warga emas, rampas beras 800kg termasuk pulut di Kelantan
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain. – Foto fail BERNAMA

KOTA BHARU: Seorang lelaki warga emas berusia 62 tahun ditahan manakala 700 kilogram (kg) beras pelbagai jenis dan 100 kg beras pulut dirampas dalam operasi di Kampung Batu Hitam, dekat Tanah Merah, semalam.

Dalam operasi Op Taring Wawasan Kelantan oleh Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) pada jam 8.30 malam itu, turut merampas sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback bernilai RM10,000.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata ketika rondaan di Kampung Lalang Pepuyu, pasukan operasi ternampak sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, menyedari kehadiran penguatkuasa pemandu kenderaan itu kemudian memecut ke arah Kampung Panglima Bayu.

“Pasukan operasi mengekori kereta itu sehingga ke kawasan Kampung Batu Hitam sebelum pemandu memberhentikan kenderaannya di bahu jalan dan cuba melarikan diri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kekalkan Kerajaan Stabil, Anak Muda Johor Diseru Terus Sokong BN


“Pasukan operasi mengejar dan berjaya menangkap lelaki itu dan pemeriksaan tubuh badan tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang.

“Pemeriksaan ke atas kereta menjumpai 700 kg beras pelbagai jenis, 100 kg beras pulut, sebuah kereta dengan nilai keseluruhan RM13,500,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Ahmad Radzi berkata, lelaki itu dan barang kes dbawa ke Balai Polis Lalang Pepuyu serta dirujuk kepada pihak Kawal Selia Padi Dan Beras Negara untuk tindakan selanjutnya mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi Dan Beras Negara 1994.

Katanya, hasil soal siasat, lelaki itu menyatakan beras diseludup masuk dari Thailand melalui Pangkalan Haram Pisang di kampung Lalang Pepuyu untuk dihantar ke pasaran di Paloh Rawa, dekat Machang.

“Lelaki berkenaan mengaku menjalankan kegiatan itu hanya satu ‘trip’ dalam masa sehari dan bekerja dengan individu warganegara Thailand.

“Pemantauan akan terus dipergiatkan bagi memastikan tiada sebarang pembolosan, penyeludupan dan ketirisan barang-barang kawalan berlaku di sempadan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Najib Santuni Penduduk, Dekati Rakyat Melalui Program Komuniti Di Parit Yaani

PGA tahan seorang warga emas, rampas beras 800kg termasuk pulut di Kelantan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasih Kepada Rakyat Diukur Melalui Tindakan, Bukan Pengumuman – Mohd Jafni

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker