Polis Sungai Petani siasat dakwaan dua warga emas di pusat jagaan cedera akibat diikat pada katil

Polis Sungai Petani siasat dakwaan dua warga emas di pusat jagaan cedera akibat diikat pada katil

Polis Sungai Petani siasat dakwaan dua warga emas di pusat jagaan cedera akibat diikat pada katil
Polis melakukan pemeriksaan di sebuah pusat jagaan warga emas berikutan kejadian dua warga emas yang cedera dan lebam serta diikat pada katil. – Foto ihsan keluarga

SUNGAI PETANI: Polis sedang menyiasat dakwaan dua warga emas di sebuah pusat jagaan golongan berkenaan di sini, cedera selepas didakwa diikat pada katil selain terdapat kesan lebam pada badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan selepas dua laporan diterima.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

Polis Sungai Petani siasat dakwaan dua warga emas di pusat jagaan cedera akibat diikat pada katil
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan. – Foto fail NSTP

Sementara itu, seorang ahli keluarga mangsa mendakwa, ibunya yang berusia 76 tahun dan menghidap demensia dihantar ke pusat jagaan itu pada Disember tahun lalu sebelum dimaklumkan oleh pengurusan pusat bahawa wanita terbabit terjatuh dari katil sehari kemudian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kekalkan Kerajaan Stabil, Anak Muda Johor Diseru Terus Sokong BN


Katanya, ketika melawat mangsa, dia mendapati terdapat be​berapa kesan lebam dan kecederaan pada badan ibunya itu.

“Dalam lawatan seterusnya, lebam pada badan ibu bukan sahaja tidak hilang, malah semakin bertambah. Kami juga pernah melihat tangan dan kaki ibu diikat pada palang katil besi.

“Pihak pusat jagaan memaklumkan tindakan itu dilakukan kerana ibu kerap bangun sendiri dari katil dan mereka mahu mengelakkan kemalangan,” katanya.

Individu terbabit mendakwa, disebabkan bimbang dengan keselamatan ibunya selain tidak mampu menjelaskan punca kecederaan dialami menyebabkan mereka sekeluarga mengambil keputusan membawa wanita itu keluar dari pusat jagaan berkenaan pada bulan yang sama.

Dalam pada itu, seorang lagi ahli keluarga mangsa mendakwa, bapa saudaranya berusia 69 tahun yang ditempatkan di pusat jagaan sama pada September 2024 turut mengalami nasib sama.

Dakwanya, selepas beberapa bulan berada di pusat jagaan itu, mereka mendapati mangsa mempunyai banyak kesan lebam dan luka sebelum membawanya pulang ke rumah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Najib Santuni Penduduk, Dekati Rakyat Melalui Program Komuniti Di Parit Yaani

“Bapa saudara mendakwa pernah dipukul dan dicubit oleh penjaga selain diikat pada katil pada waktu malam.

“Disebabkan pengalaman itu, dia mengalami trauma dan sehingga kini masih menjalani rawatan serta mengambil ubat di bawah pemantauan doktor,” katanya.

Dalam pada itu, pengusaha pusat jagaan berkenaan menafikan berlaku sebarang penderaan terhadap penghuni.

Katanya, pusat jagaan itu sentiasa menerima kunjungan pelawat dan badan kebajikan yang boleh menjadi saksi bahawa kebajikan penghuni sentiasa dijaga.

“Sekiranya berlaku kecederaan terhadap penghuni, pihak kami akan memaklumkan kepada keluarga dengan segera.

“Tindakan mengikat penghuni tertentu hanya dilakukan secara berkala menggunakan kain selepas mendapat persetujuan keluarga, terutama bagi warga emas yang mempunyai masalah pergerakan tetapi sering cuba bangun sendiri sehingga berisiko terjatuh, ” katanya.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker