13 lelaki didakwa merusuh di Jinjang Utara
13 lelaki didakwa merusuh di Jinjang Utara

KUALA LUMPUR: Seramai 13 lelaki termasuk seorang remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan merusuh di sebuah premis perniagaan di Jinjang Utara, awal bulan ini.
Mereka ialah T Kavilan, 25; Wong Kui Yoong, 51; Leow Mun Yee, 33; Leong Chun Kit, 26; Yam Kit Lun, 21; Lim Zhen Huang, 31; Tan Kai Hao, 30; Teh Jin Huat, 40; Wong Kai Yan, 24; Lim Eng Hoon, 24; Kong Wai Lun, 22; Tan Hwa Yuan, 19; serta seorang remaja berusia 17 tahun.
Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama lima lagi individu yang masih bebas didakwa merusuh menggunakan batang kayu rotan sehingga boleh menyebabkan kecederaan di hadapan sebuah premis perniagaan di Jinjang Utara pada 3.27 petang, 11 Jun lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Majistret Illi Marisqa Khalizan membenarkan Yam, Hwa Yuan dan remaja itu masing-masing diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin, manakala 10 lagi tertuduh dewasa dibenarkan jaminan RM5,500 setiap seorang dengan seorang penjamin.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Universiti Penyelidikan Terus Diperkasa, Terajui Penyelidikan Bertaraf Global Dalam Bidang Kritikal
- Melaka Terus Pacu Pembangunan, Perkukuh Kesejahteraan Rakyat
- Veteran UMNO Johor Tolak Dakwaan Sombong, Tegaskan UMNO/BN Sentiasa Bersama Rakyat
Kekalkan Kerajaan Stabil, Anak Muda Johor Diseru Terus Sokong BN
Mahkamah menetapkan 13 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Iman Nurhidayah Ezani, manakala peguam Mona Leonard Lubon mewakili Zhen Huang, Kai Hao, Teh dan remaja terbabit. Sembilan lagi tertuduh diwakili peguam Nur Ashiqeen Mohd Sultan.
Media sebelum ini melaporkan semua lelaki terbabit ditahan pada 13 Jun lepas dalam beberapa operasi serbuan di sekitar ibu negara kerana disyaki terbabit dalam kejadian rusuhan dan pergaduhan membabitkan sekumpulan individu bersenjata.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni berkata siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada pertikaian berkaitan urusan hutang sebelum bertukar menjadi pergaduhan besar sehingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa. – BERNAMA
13 lelaki didakwa merusuh di Jinjang Utara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Peruntukan Kerajaan Adalah Hak Rakyat, Bukan Bahan Propaganda Politik
- Marilah Kembali Ke Rumah Bangsa Yang Tidak Pernah Gadai Prinsip Perjuangan
- Tengku Azman Bidas Hannah Yeoh, Label BN ‘Neraka’ Hina Usaha Bangunkan KL
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kasih Kepada Rakyat Diukur Melalui Tindakan, Bukan Pengumuman – Mohd Jafni
You must be logged in to post a comment.