SPAN siasat insiden kematian pelajar latihan industri UPM di kolam Menara Saujana

SPAN siasat insiden kematian pelajar latihan industri UPM di kolam Menara Saujana

SPAN siasat insiden kematian pelajar latihan industri UPM di kolam Menara Saujana
Foto fail lokasi kejadian di Kolam Menara Saujana Perdana, Kuala Selangor. – FOTO ihsan pembaca

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang menjalankan siasatan lanjut kes kematian pelajar latihan industri dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ketika kerja penyelenggaraan di Kolam Menara Saujana 1, Kuala Selangor, pada Selasa minggu lalu.

SPAN dalam kenyataan hari ini, memaklumkan agensi itu akan mengambil tindakan sewajarnya kepada mana-mana pihak, sama ada operator, iaitu Air Selangor atau kontraktor pemegang permit SPAN yang terbabit sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan prosedur.

Tindakan juga akan diambil sekiranya terdapat pelanggaran Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dan juga undang-undang subsidari berkaitan di bawahnya.

“Berdasarkan semakan SPAN, kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja pencucian atau penyelenggaraan itu mempunyai permit berdaftar dengan SPAN.

“Maklumat awal, terdapat kemungkinan berlaku ketidakpatuhan terhadap prosedur keselamatan kerja di ruang terkurung, termasuk kemasukan pekerja tanpa kebenaran dan sebelum pengesahan keselamatan diberikan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kekalkan Kerajaan Stabil, Anak Muda Johor Diseru Terus Sokong BN


“Bagaimanapun, sebarang penemuan berkaitan punca sebenar kejadian adalah tertakluk kepada hasil siasatan rasmi dan laporan akhir yang akan dikeluarkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),” menurut kenyataan itu.

SPAN memaklumkan, pihaknya memandang serius insiden berkenaan, khususnya kerana ia membabitkan kehilangan nyawa.

Suruhanjaya itu menerima makluman berhubung insiden terbabit pada 17 Jun dan telah mengadakan lawatan tapak ke lokasi kejadian pada 18 Jun.

Berdasarkan maklumat diperoleh semasa lawatan, kerja-kerja pencucian kolam perkhidmatan secara berjadual telah dilaksanakan pada 16 Jun oleh vendor yang dilantik.

“Semasa kejadian, paras air di dalam kolam dilaporkan berada pada paras pinggang. Dua pekerja mengalami kesulitan berhampiran kawasan scour point berdiameter 200 mm. Seorang lagi dilaporkan tersangkut di kawasan terbabit,” menurut kenyataan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Najib Santuni Penduduk, Dekati Rakyat Melalui Program Komuniti Di Parit Yaani

SPAN memaklumkan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) telah diberikan, namun mangsa disahkan meninggal dunia sebelum dibawa ke Hospital UiTM untuk tujuan bedah siasat.

“Punca kematian awal dilaporkan mati lemas. JKKP melawat lokasi pada 17 Jun dan seterusnya mengeluarkan Notis Larangan. Pada 18 Jun, SPAN bersama Air Selangor dan JKKP mengadakan lawatan susulan bagi mengenal pasti punca kejadian,” menurut SPAN.

Menurut SPAN, wakil JKKP memaklumkan bahawa siasatan terperinci akan dijalankan bagi memastikan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum melaksanakan kerja-kerja berisiko tinggi.

“JKKP juga memaklumkan bahawa laporan penuh akan dikeluarkan setelah siasatan rasmi selesai. Keselamatan dan kesihatan pekerjaan kekal sebagai keutamaan utama dalam semua pelaksanaan kerja penyelenggaran agar ia tidak berulang lagi pada masa akan datang.

“Selain itu, langkah penambahbaikan akan terus diberi perhatian bagi memastikan pematuhan prosedur keselamatan, kawalan kerja di ruang terkurung, pengawasan kontraktor serta pengurusan risiko di tapak kerja dilaksanakan dengan lebih ketat dan berkesan,” menurut SPAN.

Sebelum ini, media melaporkan kematian pelajar latihan industri dari UPM ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di Kolam Menara Saujana Perdana, disahkan akibat lemas.

SPAN siasat insiden kematian pelajar latihan industri UPM di kolam Menara Saujana


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasih Kepada Rakyat Diukur Melalui Tindakan, Bukan Pengumuman – Mohd Jafni

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker