Penunggang positif dadah rempuh pintu unit kecemasan hospital

Penunggang positif dadah rempuh pintu unit kecemasan hospital

Penunggang positif dadah rempuh pintu unit kecemasan hospital
Motosikal yang ditunggang seorang lelaki merempuh pintu Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, awal pagi hari ini. Foto FB

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki cedera ringan selepas motosikal ditunggangnya merempuh pintu kaca Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini kira-kira jam 3 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata siasatan awal mendapati penunggang berusia 28 itu dipercayai hilang kawalan ketika memasuki kawasan Zon Hijau HSNZ sebelum merempuh pintu kaca di hospital berkenaan.

Beliau berkata, akibat kejadian itu, lelaki terbabit mengalami kecederaan ringan pada kedua-dua tangannya dan dirawat di Unit Kecemasan hospital berkenaan.

“Siasatan lanjut turut mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.

“Ketika ini, penunggang terbabit masih menerima rawatan susulan di wad hospital berikutan kecederaan yang dialaminya,” katanya.

Beliau berkata, kejadian turut menyebabkan kerosakan pada pintu kaca kecemasan hospital.

Kes disiasat mengikut Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Penunggang positif dadah rempuh pintu unit kecemasan hospital


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasih Kepada Rakyat Diukur Melalui Tindakan, Bukan Pengumuman – Mohd Jafni

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker