Pelajar IPTS ditemui mati di sebuah kondominum di Bandar Sunway, dipercayai dibunuh

Pelajar IPTS ditemui mati di sebuah kondominum di Bandar Sunway, dipercayai dibunuh

Pelajar IPTS ditemui mati di sebuah kondominum di Bandar Sunway, dipercayai dibunuh
Polis mengenalpasti mangsa yang ditemui mati di sebuah kondominium di Bandar Sunway berusia 20-an dan seorang pelajar di sebuah IPTS di Petaling Jaya. – Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Seorang penuntut wanita sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditemui mati dengan kesan kecederaan pada badan di sebuah kondominium di Bandar Sunway, Petaling Jaya, hari ini, disyaki dibunuh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 11.03 pagi tadi.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota yang tiba di lokasi menemui mayat seorang wanita warga asing dalam keadaan tidak bernyawa.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

“Mangsa berusia 20-an dan seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Petaling Jaya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

M Hussin berkata, seorang lelaki warga asing berusia 20-an yang juga penuntut di IPTS sama dengan mangsa ditahan di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kekalkan Kerajaan Stabil, Anak Muda Johor Diseru Terus Sokong BN


“Pihak forensik yang membantu siasatan di tempat kejadian turut merampas beberapa barang kes yang dipercayai dapat membantu siasatan,” katanya.

M Hussin berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, mayat pelajar itu dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi tujuan bedah siasat yang dijangka dijalankan esok untuk mengenal pasti punca kematian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Surianti Lataera di talian 013-3352547.

“Orang ramai juga diminta tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan sebarang spekulasi sehingga menjejaskan siasatan polis,” katanya.

Pelajar IPTS ditemui mati di sebuah kondominum di Bandar Sunway, dipercayai dibunuh


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasih Kepada Rakyat Diukur Melalui Tindakan, Bukan Pengumuman – Mohd Jafni

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker