Makhluk hitam terdampar di pantai
Makhluk hitam terdampar di pantai

LONDON – Pengunjung sebuah pulau di Wales digemparkan dengan kemunculan hidupan laut misteri berwarna hitam dan berlendir terdampar di tepi pantai, lapor akhbar The Sun UK.
Penemuan dibuat oleh seorang wanita, Emma Leese ketika dia membawa anjingnya bersiar-siar di kawasan Traeth Treaddur Bay, baru-baru ini.
“Saya melihat makhluk misteri itu kira-kira 20 meter dari gigi air semasa berjalan di pantai,” kata Leese.
Hidupan laut berwarna hitam dan berlendir itu dikenal pasti sebagai lintah laut yang jarang ditemukan di perairan Britain.
Selain boleh membesar sehingga 20 sentimeter panjang, haiwan itu juga memiliki warna tersendiri bergantung kepada jenis rumpai laut yang dimakan.
Lintah hitam itu dipercayai berasal dari Lautan Pasifik dekat negeri California.
Orang ramai diminta tidak menyentuh siput hitam itu tanpa memakai sarung tangan kerana kulitnya mengandungi toksin berbahaya. – AGENSI
Makhluk hitam terdampar di pantai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Peruntukan Kerajaan Adalah Hak Rakyat, Bukan Bahan Propaganda Politik
- Marilah Kembali Ke Rumah Bangsa Yang Tidak Pernah Gadai Prinsip Perjuangan
- Tengku Azman Bidas Hannah Yeoh, Label BN ‘Neraka’ Hina Usaha Bangunkan KL
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kasih Kepada Rakyat Diukur Melalui Tindakan, Bukan Pengumuman – Mohd Jafni
You must be logged in to post a comment.