Itu bukan ‘lesen’ untuk pukul adik saya sampai mati
Itu bukan ‘lesen’ untuk pukul adik saya sampai mati
BANGI: Ahli keluarga lelaki yang diikat dan dipukul dalam kejadian yang tular di media sosial, menegaskan tiada sesiapa berhak memukul mangsa hingga maut, walaupun mempunyai kisah silam.
Shah Rizad Samad, 43, berkata kes membabitkan adiknya, Shahril berusia 41 tahun berkenaan sepatutnya diserahkan kepada polis.
“Sudah ikat (mangsa), kenapa nak pukul lagi? Diikat bagaimana nak lindungi dirinya? Kami (ahli keluarga) hadir ke mahkamah nak tengok muka tertuduh (kes bunuh Shahril) dengan jelas.
“Kami tak mengenali tertuduh, sebelum ini tak tak dapat tengok muka tertuduh. Kes ini tular dan kami tahu mengenai pertuduhan daripada media.
“Ibu bapa tak sanggup datang mahkamah, selain keluarga akan melihat keperluan melantik peguam pemerhati dalam kes ini. Kami geram tetapi nak buat macam mana? Keluarga akan mengikuti setiap perkembangan kes,” katanya.
Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri prosiding membabitkan lima penghantar makanan yang berdepan tuduhan membunuh Shahril di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
Mohd Yuree Ranoff Mohd Bachuri, 41; Azharul Azuan Mohd Azan, 34; Tengku Izham Tengku Hamid, 22; Mahazir Nordin, 43 dan Syamsul Qamar Ayob, 40, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan terhadap mereka dikemukakan di hadapan Majistret, Nurdiyanah Mohd Nawawi.
Mengikut pertuduhan, kelima-lima lelaki itu didakwa membunuh Shahril di Jalan TPS 2/3, Taman Pelangi Semenyih 2, Beranang, jam 9.54 malam pada 20 Februari lalu.
Media melaporkan kejadian minggu lalu itu dipercayai berlaku selepas lelaki berkenaan yang memandu Proton Saga kelabu terbabit kemalangan dengan beberapa kenderaan lain.
Mangsa dikatakan dikejar orang awam hingga ke Taman Pelangi Semenyih 2, sebelum keretanya terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan.
Pada Jumaat lalu, polis mengesahkan lelaki yang diikat dan dipukul hingga mati itu positif dadah jenis syabu dan ganja, selain memiliki 10 rekod dadah serta dikehendaki berkaitan bahan terlarang berkenaan.
Ditanya mengenai karakter mangsa, Shah Rizad berkata, adiknya itu pendiam dan tidak pernah pukul adik-beradiknya.
“Masa kebumi (mangsa) kita tak sangka ramai yang datang. Tak tahu nak kata macam mana, kejadian ini memberi kesan kepada orang luar.
“Shahril tak pernah bermusuh dengan keluarga dan buat jahat. Anak saudara juga terkesan kerana rapat dengan Shahril yang masih bujang,” katanya.
Shah Rizad berharap mereka yang terbabit dengan kejadian itu dikenakan hukuman setimpal.
“Kami tak harap banyak, cuma apa yang terjadi dapat selesaikan (prosiding mahkamah) dengan segera. Kami tiada kuasa untuk tentukan (hukuman), hanya mahukan keadilan,” katanya. BH
Itu bukan ‘lesen’ untuk pukul adik saya sampai mati
Baca Artikel Menarik:
- Pemandu dipukul mati sah positif dadah
- Bekas setiausaha sulit kanan Menteri Pelancongan diperintah bela diri terima suapan
- ‘Ibu ayam’ paksa budak 11 tahun melacur ditahan
- Zarina Zainuddin nak ‘azan’ telinga penyondol
- Malaysia desak Israel undur, bayar pampasan penuh kepada Palestin
- Setiap kali bergerak, saya akan dihentak, ditendang tentera Israel
- Mahathir berisiko ditahan jika tak sertai RCI Batu Puteh bila dipanggil
- Masalah Hadi-Muhyiddin masih tak selesai walau jumpa 2 kali
- Keluarga pemandu dipukul mati tuntut keadilan
- Kucing kayangan disamun, pemilik ditetak
- Doktor dituduh amang seksual 6 pesakit kanak-kanak
- ‘Sugar baby’ berpakaian mewah bernilai RM176k (Video)
- Harta Mokhzani terlalu banyak, lanjutan masa wajar diberikan – Azam
- Puad sedia berdepan Rafizi
- Masalah Hadi-Muhyiddin masih tak selesai walau jumpa 2 kali
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.