KPN turun ‘medan pergaduhan’ bertemu pengadu dan mangsa

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain meneruskan pendekatan turun padang, termasuk bertemu pengadu dan mangsa yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di Kedah, semalam.

Majlis ringkas itu julung kali diadakan yang disifatkan beliau, dalam nada berseloroh sebagai ‘medan pergaduhan’.

“Ini yang saya buat pertama sekali di Malaysia, saya bagi ‘bergaduh’. Tuan-tuan dan puan-puan, saya juga di sini mahu memberitahu bahawa kita cakna mengambil tahu kepada pengadu yang kesnya masih belum selesai lagi.

“Saya sudah beritahu Datuk Fisol (Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh) dan ketua polis daerah (KPD) di daerah lain yang ada 11 (KPD di Kedah) supaya buat benda sama (majlis sama),” katanya berucap pada sesi itu yang rakaman videonya dimuat naik di laman TikTok Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini.

Menurut Razarudin, IPD Kubang Pasu adalah lokasi yang istimewa baginya kerana ia lokasi pertama beliau ditugaskan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ini (IPD Kubang Pasukan) adalah ‘soft spot’ kerana dulu-dulu (ia adalah lokasi) masa saya mula bekerja,” katanya.

Beliau juga mengingatkan supaya IPD ‘meraikan’ pelanggan terdiri daripada mereka yang membuat aduan dan laporan polis.

“IPD perlu panggil balik pengadu pada Hari Polis dan raikan sama-sama (Hari Polis). Kita tidak pernah lupakan klien kita, kita tidak pernah lupakan pelanggan kita, ini (pengadu) adalah pelanggan PDRM yang terkesan,” katanya.

Katanya, beliau mahu menunjukkan hubungan polis dengan masyarakat sama dengan slogan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

“Kita nak tunjukkan bahawa polis dan masyarakat berpisah tiada, ini sebenarnya yang saya nak tunjuk. Saya bukan kata nak tunjukkan kepada tuan-tuan dan puan-puan saja, saya nak tunjukkan kepada semua pegawai polis yang lain, ini yang patut kamu buat,” katanya.

Terdahulu, Razarudin dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di IPD Kubang Pasu untuk mendengar permasalahan mereka berhubung status laporan polis yang masih dalam tindakan.

“Saya berkesempatan mendengar pelbagai perkara yang mereka (pengadu) bangkitkan berkaitan siasatan sedang dilaksanakan oleh pegawai penyiasat. Ini termasuk beberapa ‘cold cases’ (kes lama belum diselesaikan) yang mungkin dianggap tidak lagi menjadi keutamaan dalam siasatan pihak polis,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua pegawai penyiasat supaya sentiasa melaksanakan siasatan dengan telus, berhemah, penuh amanah dan sedaya-upaya membantu masyarakat.

“Ia adalah selari dengan slogan yang kita banggakan, ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'”, katanya.

Ketua Polis Negara sebelum ini membuat lawatan mengejut ke IPD Nilai dan lokap Balai Polis Mantin di Negeri Sembilan, IPD Ipoh serta IPD Kajang di Selangor.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu

Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah

Kedai coli ‘perangkap’ orang alim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker