Final BATC: Lee Zii Jia ‘sukar bernafas’, Malaysia tempang bertemu China

SHAH ALAM: Skuad badminton lelaki negara tempang menjelang aksi final menentang China di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC), petang ini.

Ini selepas pemain perseorangan utama, Lee Zii Jia tidak berada dalam senarai pemain bagi perlawanan di Pusat Konvensyen Setia City itu.

Persatuan Badminton Malaysia menerusi catatan ringkas di laman X menyatakan Lee Zii Jia sukar bernafas selepas perlawanan semalam susulan masalah resdung dan gagal pulih tepat pada masanya untuk turun beraksi hari ini.

Ketiadaan Zii Jia menyaksikan pemain beregu, Muhammad Haikal Nazri terpaksa menggalas tugas selaku perseorangan ketiga menentang Wang Zheng Xing.

Leong Jun Hao akan menggalas tanggungjawab selaku perseorangan pertama menentang Weng Hong Yan manakala Eogene Ewe bertemu Lei Lan Xi.

Bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengambil tanggungjawab selaku beregu pertama dan akan menentang Xie Hao Nan-Zheng Wei Han manakala Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berdepan Liu Yi-Ren Xiang Yu.

Pada aksi suku akhir menentang Singapura kelmarin, Zii Jia juga tidak dapat diturunkan susulan masalah resdung.

Ketiadaan bekas juara Seluruh England itu menyaksikan Ng Tze Yong diturunkan tetapi terpaksa menarik diri ketika set pertama menentang Jason Teh selepas kecederaan belakang dialaminya sebelum ini kembali menghantuinya.

Bagaimanapun, Zii Jia kembali memperkuatkan cabaran negara pada aksi separuh akhir bertemu Jepun, semalam dan menyumbang satu mata untuk Malaysia meraih kemenangan 3-1.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu

Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah

Kedai coli ‘perangkap’ orang alim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker