7-0 belum cukup, Carolan mahu Speedy Tigers lebih kemas

7-0 belum cukup, Carolan mahu Speedy Tigers lebih kemas

7-0 belum cukup, Carolan mahu Speedy Tigers lebih kemas
AKSI skuad hoki negara ketika berdepan Uzbekistan. FOTO Ihsan Persekutuan Hoki Asia

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih Speedy Tigers, Brendon Carolan mengakui anak buahnya masih perlu memperkemaskan permainan selepas membuka kempen Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dengan kemenangan bergaya 7-0 ke atas Uzbekistan dalam aksi pertama Kumpulan B, hari ini.

Bagi Carolan, kemenangan itu penting untuk menghilangkan perasaan kurang keyakinan pemain, namun beliau tidak mahu skuad negara terlalu selesa kerana cabaran lebih sukar menanti pada perlawanan seterusnya.

“Sudah tentu (saya gembira), tetapi saya lega pemain dapat menghilangkan rasa gementar dan mula bermain dengan lebih tenang. Saya rasa mereka lebih tenang dalam 20 minit terakhir dan bermain hoki dengan lebih baik.

“Kami agak longgar dan saya rasa kami perlu lebih kemas serta meningkatkan permainan selepas ini kerana kami mungkin akan berdepan pasukan yang lebih baik,” katanya selepas tamat perlawanan hari ini.

Menurut Carolan, pukulan sudut penalti (PC) Speedy Tigers juga berada pada tahap baik, namun keadaan padang yang kurang ideal menyukarkan pemain untuk melakukan kawalan bola dengan sempurna ketika situasi berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jelajah Penerangan Perkukuh Kesiapsiagaan Jentera Melaka


“PC kami agak baik hari ini. Sekali lagi, saya bukan mahu memberi alasan, tetapi sukar untuk bermain dengan padang yang mempunyai rumput tebal, terutama ketika mahu melakukan perangkap bola pada PC.

“Namun, saya gembira untuk pemain, terutama Azimuddin (Syakir Kamaruddin) yang menjaringkan gol. Ia bagus apabila pemain muda mendapat peluang untuk menyerlah kerana mereka adalah masa depan Malaysia dan penting untuk mereka mula menjaringkan gol di peringkat seperti ini,” katanya.

Selepas ini, skuad hoki lelaki negara dijadualkan berdepan Oman pada Selasa depan dan beliau menegaskan mereka perlu mengutip tiga mata sekali lagi bagi mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan.

“Sudah tentu Oman adalah tugasan kami seterusnya. Kami tahu perlu mendapatkan tiga mata lagi. Kami perlu bermain lebih baik berbanding hari ini dan terus memperbaiki permainan sepanjang kejohanan ini untuk mara ke peringkat seterusnya.

“Kami akan melakukan semakan video dengan lebih baik. Saya gembira pemain sudah melepasi rasa gementar dan dapat bermain dengan lebih tenang. Harapnya kami dapat tampil lebih baik menentang Oman sebelum berdepan perlawanan yang lebih mencabar untuk terus mara,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda UMNO Jempol Zahir Kesyukuran, Junjung Kasih Perkenan Tahanan Rumah – Izwan Kamar


Terdahulu, anak buah Carolan mudah melakar kemenangan besar 7-0 ke atas Uzbekistan dengan Norsyafiq Sumantri membuka tirai jaringan menerusi PC pada minit ke-11, sebelum Faizal Saari meledak gol padang (FG) pada minit ke-15 dan sekali lagi menerusi PC pada minit ke-24.

Azimuddin kemudian menambah gol menerusi PC pada minit ke-36, diikuti Faizal yang melengkapkan hatrik menerusi pukulan penalti stroke (PS) pada minit ke-43, sebelum Azrai Aizad Abu Kamal dan Faiz Helmi Jali masing-masing menjaringkan gol padang pada minit ke-59 dan ke-60.

7-0 belum cukup, Carolan mahu Speedy Tigers lebih kemas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Kepong Zahir Kesyukuran, Junjung Kasih Atas YDPA – TPr Abdul Razak

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker