Jonassen puji ketenangan skuad wanita

Jonassen puji ketenangan skuad wanita

Jonassen puji ketenangan skuad wanita
LING Ching menghadiahkan mata kemenangan Malaysia. FOTO Reuters

Kuala Lumpur: Bermula sebagai pasukan pilihan bukan tugas mudah, namun ketua jurulatih perseorangan negara, Kenneth Jonassen berpuas hati dengan ketenangan skuad badminton wanita Malaysia ketika melakar kemenangan 3-0 ke atas Hong Kong pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini.

Pemain perseorangan nombor 28 dunia, K Letshanaa terlebih dahulu memastikan mata pertama negara selepas menewaskan pemain nombor 68 dunia, Happy Lo Sin Yan 21-9, 21-16 dalam tempoh 34 minit.

Beregu nombor lima dunia, Pearly Tan-M. Thinaah kemudian menambah mata kedua selepas menundukkan gandingan nombor 22 dunia, Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam 21-11, 21-17 dalam masa 39 minit.

Wong Ling Ching yang turun pada perseorangan kedua tampil penuh keyakinan apabila pemain nombor 38 dunia itu hanya memerlukan 34 minit untuk menewaskan pemain nombor 100 dunia, Liang Ka Wing 21-17, 21-16 sekali gus melengkapkan kemenangan bergaya Malaysia.

Jonassen menyifatkan persembahan anak buahnya sebagai kukuh sambil memuji fokus, disiplin dan kesungguhan pemain walaupun turun sebagai pasukan pilihan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jelajah Penerangan Perkukuh Kesiapsiagaan Jentera Melaka


“Persembahan yang sangat baik dan kukuh daripada pasukan hari ini. Bukan mudah untuk menang apabila kita adalah pasukan pilihan, tetapi pemain menunjukkan keseimbangan yang baik dari segi fokus, disiplin dan kesungguhan yang diperlukan untuk mencapai kemenangan,” katanya.

Malaysia kembali beraksi dalam acara berpasukan wanita buat kali pertama sejak Sukan Asia Incheon 2014, dengan separuh daripada 10 anggota skuad berusia 21 tahun dan ke bawah.

Malaysia turut merehatkan Noraqilah Maisarah Ramdan yang sedang mengalami kecederaan buku lali untuk perlawanan berkenaan.

Pasangannya, Low Zi Yu pada asalnya dijadualkan beraksi dalam perseorangan kedua berpasangan dengan Cheng Su Yin, manakala seorang lagi pemain yang membuat penampilan sulung, Oo Shan Zi (No. 172 dunia) dijadualkan berdepan Saloni Samirbhai Mehta (No. 128 dunia).

Bagaimanapun, kedua-dua perlawanan itu tidak diperlukan selepas Malaysia terlebih dahulu mengesahkan kemenangan menerusi tiga mata awal.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda UMNO Jempol Zahir Kesyukuran, Junjung Kasih Perkenan Tahanan Rumah – Izwan Kamar


Malaysia kini berdepan ujian lebih sukar di suku akhir apabila dijadualkan menentang Korea Selatan, pilihan ketiga kejohanan yang menerima bye pada pusingan pertama, Selasa ini.

Sementara itu, skuad lelaki Malaysia akan membuka kempen berpasukan menentang Mongolia pada pusingan pertama, esok.

Jonassen puji ketenangan skuad wanita


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Kepong Zahir Kesyukuran, Junjung Kasih Atas YDPA – TPr Abdul Razak

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker