Kuching, Kelantan City sama liat, terikat 0-0

Kuching, Kelantan City sama liat, terikat 0-0

Kuching, Kelantan City sama liat, terikat 0-0
AKSI antara Kelantan dan Kuching City yang berakhir tanpa jaringan. FOTO Bernama

Kota Bharu: Hasrat Kuching membawa bekal selesa di suku akhir pertama Piala FA menentang Kelantan City tidak kesampaian apabila terikat 0-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Kedua pasukan turun dengan semangat juang tinggi dengan beberapa percubaan bahaya terutamanya pelawat dengan hantaran pendek dilakukan namun buntu jaringan hingga tamat babak pertama.

Percubaan Addin Mujagic minit ke 18 tersasar menafikan gol pembukaan buat The Cats manakala Kelantan City terlepas dua gol selepas Haziq Nadzli cemerlang menepis jaringan Asraff Aliffudin dan Emmanuel Ikechukwu.

Insiden kad merah yang diterima meranapkan moral anak buah Alfredo Gonzalez selepas Nazri Muhamad dilayangkan kad merah minit ke 42 selepas melakukan kekasaran ke atas lawan.

Memasuki babak kedua, kedua pasukan terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Kuching pula menerima kad merah ke atas Jerome Etame minit ke 80.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jelajah Penerangan Perkukuh Kesiapsiagaan Jentera Melaka


Minit ke 83, pemain gantian, Ronald Ngah Wanja hampir menceriakan pelawat namun tandukannya sedikit tersasar meskipun peluang terbuka luas di pintu gol Kelantan.

Tambahan masa lima minit gagal meletakkan kedua pasukan mencari gol menoktahkan keputusan penuh malam tadi kedua pasukan seri tanpa jaringan.

Aksi timbal balik dijadual berlangsung 10 Oktober bagi menentukan pasukan yang bakal ke pusingan separuh akhir Piala FA.

Kuching, Kelantan City sama liat, terikat 0-0


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Kepong Zahir Kesyukuran, Junjung Kasih Atas YDPA – TPr Abdul Razak

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker