Wanita jatuh dalam perigi sedalam 12 meter
Wanita jatuh dalam perigi sedalam 12 meter

JAKARTA – Seorang wanita di Bogor, wilayah Jawa Barat cedera selepas terjatuh pada kedalaman 12 meter di dalam sebuah perigi semasa membaiki paip, lapor laman berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku sekitar pukul 5.30 pagi (waktu tempatan) di Sukaraja kelmarin.
Mangsa dikenali sebagai ME, 35, terjatuh ke dalam perigi selepas hilang keseimbangan semasa cuba membaiki paip.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Kabupaten Bogor, Yudi Santosa berkata, suami dan jiran ME cuba mengeluarkan mangsa tetapi gagal, menyebabkan mereka menghubungi anggota bomba.
“Anggota bomba bergegas ke tempat kejadian. Operasi menyelamat menggunakan peralatan khas.
“Mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat kira-kira 45 minit kemudian. Perigi tersebut sedalam 12 meter,” kata Yudi.
Mangsa mengalami cedera ringan dan dia dirawat oleh keluarganya. – AGENSI
Wanita jatuh dalam perigi sedalam 12 meter
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jelajah Mega Penerangan Suntik Semangat PRN – Suraya
- Jangan Laungkan ‘Daulat Tuanku’ Hanya Ketika Keputusan Menyebelahi Parti Sendiri – Syed Mohd Johan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Kepong Zahir Kesyukuran, Junjung Kasih Atas YDPA – TPr Abdul Razak
You must be logged in to post a comment.