Aksi ‘rosak’ di TikTok, ini kata Nabila Razali

Aksi ‘rosak’ di TikTok, ini kata Nabila Razali

Sejak berkahwin, November lalu, penyanyi dan pelakon, Nabila Razali, 32, dilihat makin terbuka berkongsi video ‘gila-gila’ di TikTok hingga peminat mengusiknya sebagai ‘rosak’.

Namun, Nabila tidak menganggap perkara itu sebagai perubahan luar biasa. Sebaliknya, penyanyi Peluang Kedua ini menjelaskan dia sekadar mengikut aliran semasa dan mahu lebih dekat dengan peminat.



“Tak adalah rosak, saya masih orang sama. Mungkin sebelum ini, saya jarang muat naik hantaran seperti itu, tetapi sekarang, lebih kerap.

“Bagi mereka yang kenal saya seperti kawan-kawan dan keluarga, mereka tahu saya macam mana. Jadi, saya tidak fikir ia isu yang perlu diperbesarkan.

“Sebelum ini, ada yang kata saya sukar didekati. Sekarang saya cuba kongsi video lebih santai agar peminat ingin kenali personaliti sebenar saya,” katanya.

Bagi Nabila, selagi video dimuat naik tidak menjatuhkan maruah diri, pasangan atau keluarga kedua-dua belah pihak, apa yang dikongsi bukanlah suatu kesalahan.



“Ada yang cakap mentang-mentang sudah ‘settled’ (berkahwin), dia boleh buat apa yang dia mahu. Bagi saya, kenyataan itu kelakar. Tiada sebab apa pun, cuma saya hanya mahu kongsi dalam media sosial saja,” katanya.

Mengenai persiapan menghadapi Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38, Mac depan, di mana Nabila mempertaruhkan single duet bersama Khai Bahar berjudul Selagi Ku Ada, Nabila sudah menjalani latihan vokal bersama Syafiq Erwin.

“Saya tidak berlawan dengan sesiapa, tetapi diri diri. Sebelum ini, saya sudah hampakan peminat. Kali ini, bukan peminat saya sahaja yang perlu dititikberatkan, malah, penyokong Khai.

“Jadi, tanggungjawab kali ini cukup berat. Saya harap semuanya lancar,” katanya. BH



Aksi ‘rosak’ di TikTok, ini kata Nabila Razali

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar



Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35

Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil



Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker