Isu Kampung Setia Jaya, KTAR benarkan penduduk terus tinggal sehingga isu penempatan diselesaikan

Seramai 512 penduduk Kampung Setia Jaya mendapat sedikit kelegaan selepas pihak Yayasan Pendidikan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) membenarkan mereka untuk tinggal sementara isu penempatan diselesaikan.

Ahli Parlimen Wangsa Maju Zahir Hassan (gambar, bawah) memaklumkan perkara itu kepada para penduduk pada sidang media di Surau Madinah, Kampung Setia Jaya hari ini.

Menurut Zahir, keputusan itu dicapai selepas satu mesyuarat antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa bersama wakil Yayasan Pendidikan KTAR Lim Keng Cheng dan Yew Teong Lok, hari ini.



“Pihak KTAR secara jelas mengatakan mereka bersedia untuk membenarkan penduduk untuk terus tinggal di sini sehingga isu penempatan dapat diselesaikan,” katanya kepada wartawan.

Selain itu, kata Zahir pihak KTAR juga bersedia memperuntukkan sebahagian daripada keseluruhan tanah berkeluasan lebih 174 ekar itu untuk pembangunan penempatan semula kepada penduduk asal Kampung Setia Jaya.

Tambahnya, isu yang berlaku ini tidak sepatutnya dipolitikkan pihak tertentu kerana ia melibatkan kebajikan penduduk-penduduk kampung.

Dalam perkembangan lain, Dr Zaliha berkata isu penggantian rumah kepada penduduk turut menjadi fokus pada perbincangan tersebut dan penyelesaian terbaik akan diperincikan lebih lanjut mengenai hal tersebut.



“Secara keseluruhannya, ia merupakan satu perbincangan yang positif dan saya yakin isu ini dapat diselesaikan dengan baik setelah tertangguh selama lebih 30 tahun.

“Yayasan Pendidikan TAR secara prinsipnya tiada halangan untuk membenarkan penduduk untuk terus berada di Kampung Setia Jaya sementara isu penempatan ini diselesaikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut laporan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19 Disember lalu memberikan pemilikan tanah kepada KTAR dan memerintahkan penduduk untuk mengosongkan kediaman dalam tempoh 18 bulan.

Ekoran itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Setia Jaya Noorsham Din berkata pihaknya tetap akan memfailkan rayuan terhadap notis pengosongan tersebut.



Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Setia Jaya, Mohd Asri Sapuan (gambar, bawah) berkata pihaknya berharap tiada mana-mana pihak membuat sebarang tindakan provokasi atau mengeluarkan kenyataan yang mengguriskan perasaan pihak lain, terutama penduduk kampung.

Tegasnya, hasrat semua penduduk adalah untuk mendapatkan rumah gantian, justeru, sebarang tindakan provokasi hanya akan mengeruhkan keadaan dan akan membebankan penduduk dengan masalah-masalah lain.

Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 30 penduduk Kg Setia Jaya mengadakan himpunan aman bagi menggesa campur tangan kerajaan terhadap isu pengusiran penduduk kampung tersebut.

“Kita harap penduduk jangan gusar dan buat tindakan tidak baik seperti provokasi, tujuan penduduk semua sama iaitu untuk mendapatkan rumah ganti, jadi, tak perlu keruhkan keadaan dan bebankan penduduk masalah lain,” katanya ketika ditemui selepas sidang media.



Tak perlu salahkan kerajaan

Mengulas lanjut, Asri berkata tindakan segelintir pihak yang menjadikan isu ini sebagai modal politik dengan mendakwa kerajaan tidak campur tangan adalah tidak benar.

Komitmen yang dinyatakan Dr Zaliha jelas menunjukkan kerajaan komited untuk membantu penduduk dan jika dibuat perbandingan, kerajaan sekarang lebih membantu, dakwa Asri.

“Kalau nak diikutkan, kerajaan dulu pun tidak buat apa-apa, jadi kenapa nak salahkan kerajaan sekarang?



“Usaha kerajaan sekarang boleh dikira baik berbanding dahulu, (dulu) dapat jumpa menteri wilayah pun dua minit saja,” katanya lagi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah sudah disunting?

Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari

Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023

Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker