‘Terkejut Beruk’ penyebab warga emas meninggal dunia
GURUN: Kehadiran kawanan beruk yang menceroboh rumah penduduk di Kampung Batu Lapan di sini, semakin menjadi-jadi.
Tindakan agresif haiwan berkenaan menyebabkan penduduk hidup dalam ketakutan, selain terpaksa menanggung kerugian apabila bahagian bumbung dirosakkan haiwan liar berkenaan.
Penduduk, Norma Daud, 70, berkata dia kehilangan suaminya, Shafei Karim pada 18 Ogos tahun lalu akibat terkejut dengan kehadiran kawanan beruk di depan rumah mereka.
“Kejadian itu lebih kurang jam 7.45 pagi, saya ketika itu sedang potong rumput di halaman rumah menggunakan sabit, suami saya tegur, bimbang saya diterkam beruk. Arwah terus temani saya di depan rumah, tapi tak sampai beberapa minit kemudian, ada beruk muncul.
“Akibat terkejut, dia yang berusia 74 tahun ketika itu jatuh tersembam, dahi terluka dan berdarah, meninggal dunia di situ juga,” kata ibu tiga anak ini yang trauma dan sentiasa menutup tingkap serta pintu rumah, termasuk waktu siang kerana berasa tidak lagi selamat.
Katanya, rumah sering diceroboh beruk sehingga ada yang membawa makanan seperti buah mangga dan makan di dalam rumah sebelum beredar.
Keadaan sama turut dialami Fauzah Hanafi, 65, yang bersama suami, Mat Daee, 83, berdepan masalah itu sejak 12 tahun lalu dan kini beruk makin membiak dan tidak lagi takut kepada manusia
“Suami kini uzur akibat sakit tua, rumah habis rosak angkara beruk. Saya terpaksa panjat dan pasang sendiri jaring besi di bahagian dinding atas untuk elak diceroboh beruk, tapi ini rumah lama dan uzur, ada bahagian dinding rumah yang reput.
“beruk datang berkumpulan antara 10 hingga 15 ekor, memang ada akan bolos masuk ke rumah. Apa saja makanan ada atas meja, kawanan beruk ini akan makan, bawang pun dibawa lari,” katanya yang paling bimbangkan keselamatan suami yang juga kurang pendengaran.
Mohd Kelana Rusli, 45, memberitahu kawanan beruk berkenaan turut menyerang penunggang motosikal, terutama yang membawa minuman.
“Sudah banyak kali beruk sambar air bungkus dibawa penunggang motosikal sehingga ada yang terbabas, semua terpaksa berhati-hati. Di rumah saya pun, kalau beli nasi lemak, sekejap saja beruk datang curi, terlalu banyak kerana menyebabkan keadaan semakin tak terkawal,” katanya.
Katanya, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILIRAN) sudah beberapa kali mengambil tindakan, namun masalah masih berterusan.
“Kawasan kampung di sini dikelilingi ladang kelapa sawit, pelbagai usaha dilakukan penduduk, namun kawanan beruk tetap datang. Tanaman juga habis musnah, tambahan apabila musim buah, beruk akan ‘rasmi’ (makan) dulu,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit
- Syasya Dolla dipukul kekasih?
- Yusof dibenarkan saya tayang badan – Zizi Kirana
- Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan
- Kronologi kes Muhammad Zaharif dilanggar mati berhampiran sekolah
- Mahkamah jadi tumpuan, DSP Nazri didakwa membunuh pelajar sekolah [VIDEO]
- Peniaga gazebo rupanya penyamun kedai emas
- Wanita bogel sembunyi dalam tangki air
- Kes DSP dituduh bunuh Zaharif, petugas media kecewa sekatan buat liputan
- Jangan buat provokasi, Pemuda UMNO beritahu DAP
- Dakwaan Muhyiddin berhubung PM Melayu disanggah
- KL hanya diwakili Cina, khususnya DAP jika ada pilihan raya PBT
- Pilihan raya PBT, ini fakta yang perlu anda tahu
- UMNO tentang habis-habisan cadangan pilihanraya PBT oleh DAP
- Rafizi buat pusingan U, cabaran debat hanya jadi soal jawab podcast
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Malaysia terima pujian antarabangsa halang kapal Israel berlabuh
You must be logged in to post a comment.