Konsert Sifu dan Aku gabungkan dua lagenda

M Nasir, Hattan bergabung

Konsert Sifu dan Aku gabungkan dua lagenda

Dua legenda muzik nusantara, Datuk M Nasir dan Datuk Hattan bakal menggegarkan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, dalam Konsert Sifu dan Aku pada 3 Februari depan.

Buat julung kali, konsert itu menampilkan penggiat seni yang layak digelar ‘guru’ dan ‘murid’ dengan masing-masing berjaya menempa nama dalam industri muzik tempatan.



Konsert Sifu dan Aku dilihat sebagai acara unik dan istimewa kerana menampilkan dua seniman berbakat, selain menonjolkan apresiasi dan sanjungan antara ‘guru’ dan ‘murid’.

Datuk M Nasir menganggap Konsert Sifu dan Aku sebagai cabaran buat dirinya selepas lebih empat dekad bergelar anak seni.

“Saya anggap persembahan ini sebagai satu cabaran kerana saya dan Hattan sudah lama bersahabat.

“Hattan menyerlahkan bakatnya selepas menyanyikan lagu saya. Dia adalah ‘anak buah’ saya dalam dunia rakaman.



“Selepas sekian lama bekerjasama dengan Hattan, kali ini kami berkongsi pentas dan peminat akan melihat terbuktinya kombinasi kami.

“Saya pasti peminat di Sabah menantikan konsert ini,” katanya pada sidang media Konsert Sifu dan Aku di sini, baru-baru ini.

Hattan berjanji membawa peminat mengikuti perjalanan hidupnya sejak mula bertapak hingga status penghibur diraih sekarang.

“Bermula dengan belajar menerbitkan lagu, menyanyi dan semua perkara membabitkan seni yang saya belajar daripada M Nasir.



“Konsert ini dianggap klimaks kepada perguruan saya bersama M Nasir. Saya mahu menjadikan konsert ini sebagai memori indah dalam karier seni saya.

“Jadi, pada malam itu, kami menyanyikan semua lagu hit. Ini bakal menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan,” katanya.

Hattan berkata, banyak pengalaman dan detik menarik seperti projek penerbitan album khusus untuk rakyat Palestin akan dikongsi pada konsert terbabit. BH

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?

Sudahlah Amy – Amir Ukays



Atilia kini bergelar pensyarah

Anak saya merintih 40 minit depan mata saya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker