Polis sahkan wanita ditemui mati di dalam simen maut akibat dijerut

Bedah siasat ke atas mayat wanita yang disimen dalam kolah bilik air di Klang dipercayai meninggal dunia akibat dijerut.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata mangsa dianggarkan berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an.

“Setakat ini kita tidak pasti sama ada dia dicekik. Berdasarkan pada tanda (di leher) dia mungkin telah dipukul,” katanya kepada FMT, sambil menambah identiti mangsa belum dapat dipastikan warga tempatan atau asing.

Semalam, seorang penduduk asing berusia 53 tahun ditahan reman sehingga 11 Dis untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Klang Selatan Cha Hoong Fong berkata seramai 10 orang dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat tersebut

“Bantuan kedutaan dan interpol juga dipohon bagi mengesan dua suspek lelaki warga asing yang telah dikenalpasti,” katanya.

Sebelum ini polis berkata mereka sedang mengesan dua lelaki yang dikenali sebagai Ranjit Singh dan Mandeep Singh merupakan penyewa di rumah berkenaan dan berpindah pada Nov 2021.

Wanita itu ditemui selepas pemilik rumah mengupah kontraktor untuk mengubahsuai tandas yang membawa kepada penemuan mayat disimen dan ditanam didalam kolah rumah berkenaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak

Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin

Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker