Guna ilmu hitam punca rakan serumah hampir ditikam

PETALING JAYA: Seorang buruh kontrak ditahan selepas membelasah dan merompak RM51 daripada rakannya yang disyaki menggunakan ilmu hitam terhadap dirinya di sebuah rumah di Jejawi, Arau, semalam.

Ketua Polis Arau Ahmad Mohsin Md Rodi berkata ketika kejadian, mangsa 23 tahun itu berada dalam bilik sewa bersama seorang lagi rakan serumah, sebelum suspek meluru ke bilik itu sambil menghunus pisau ke leher mangsa dan mengugut akan menikamnya jika mereka membuat bising.

Katanya suspek kemudian menumbuk dan menendang muka serta kepala mangsa beberapa kali, selain melarikan RM51 daripada dompet mangsa.



“Mangsa mengenali suspek sejak bulan lalu, ketika berpindah ke bilik sewa itu. Sepanjang tempoh itu, mangsa berkawan baik dengan suspek serta tidak pernah mempunyai masalah lain antara mereka.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai akibat suspek mengesyaki mangsa menggunakan ilmu hitam terhadap dirinya.

“Akibatnya, suspek yang tidak berpuas hati kemudian meluru ke rumah mangsa dan mengacukan sebilah pisau ke leher mangsa sebelum membelasahnya,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata suspek ditahan di Arau dan dipercayai bawah pengaruh dadah ketika kejadian kerana ujian saringan air kencingnya positif methamphetamine.



Katanya suspek mempunyai 13 rekod jenayah lampau, termasuk satu kes dikehendaki polis membabitkan penyalahgunaan dadah, jenayah kekerasan, memiliki barang curi dan menceroboh di Alor Setar, Alor Janggus, Kuala Kedah serta Kangar.

Beliau berkata suspek direman sehingga 12 Dis ini untuk disiasat mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak

Nampak macam mak awak ke, tanya Leona



Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin

Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker